Kenali Penyakit Anak-Anak Kita. (G6PD)



Salam pujangga.. Di sini aku ingin berkongsi dengan semua tentang satu perkara baik yang bujang ataupu yang telah berumah tangga. Ianya berkenaan Penyakit yang lazimnya dialami oleh bayi yang baru lahir. Segala bermula apabila aku menimang cahaya mata kedua apabila doktor mengesahkan anak aku suspek G6PD. Apa tu? Aku menjadi risau. Untuk itu, Aku pun buat la review di Internet dan Ikutilah fakta tentang G6PD.



G6PD penyakit kurang enzim


‘GLUCOSE 6 Phosphate Dehydrogenase deficiency’ atau lebih dikenali sebagai G6PD adalah sejenis penyakit yang kerap berlaku. Dianggarkan 400 juta penduduk dunia mengalami masalah itu. G6PD sejenis penyakit yang dikaitkan dengan kromosom X, justeru masalah ini lazimnya berlaku kepada lelaki.

Dalam kes G6PD, enzim penting untuk melindungi sel darah merah pecah disebabkan proses oksidasi (proses menghasilkan oksigen dengan menggabungkan oksigen atau menyingkirkan hidrogen).

Justeru, kekurangan enzim berkenaan menyebabkan sel darah merah mudah pecah. Tahap keseriusan penyakit G6PD ini bergantung kepada tahap kekurangan enzim itu.

Bagaimana masalah ini dikesan?


Penyakit ini dapat dikesan melalui ujian darah sebaik saja seorang bayi itu dilahirkan. Ujian darah itu akan mengesan keberkesanan enzim berkenaan. Melakukan ujian darah sebaik saja dilahirkan sudah diamalkan di Malaysia sejak sekian lama. Ini kerana masalah G6PD kerap berlaku di Malaysia dan boleh menyebabkan masalah di kalangan bayi baru lahir.



Antara masalah yang mungkin timbul di kalangan bayi baru lahir adalah jaundis. Disebabkan kekurangan enzim itu, sel darah merah bayi mudah pecah. Ini menghasilkan kandungan bilirubin yang tinggi.

Kandungan bilirubin yang terlalu tinggi boleh menyebabkan keadaan toksik kepada otak. Jika tidak diubati boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi.

Oleh kerana kemungkinan masalah besar yang mungkin timbul kepada bayi yang mengalami G6PD, kebanyakan institusi perubatan akan menahan bayi berkenaan di wad sekurang-kurangnya lima hari sebelum dibenarkan pulang.



Selain itu, bayi G6PD ini juga boleh berhadapan keadaan dinamakan “acute hemolysis”, iaitu keadaan wujudnya sel darah merah pecah pada kuantiti terlalu banyak. Ini menyebabkan bayi itu berasa penat dan kelihatan pucat dengan tiba tiba. Simptom lain yang mungkin dialami adalah sakit perut, jaundis, kencing bertukar berwarna gelap dan sakit pinggang.

Keadaan ini berlaku disebabkan jangkitan, memakan kacang parang jenis “fava beans” ataupun memakan ubatan yang boleh meninggikan proses oksidasi. Bukan semua jenis jangkitan akan menyebabkan masalah itu. Sebaliknya jangkitan yang selalu dikaitkan dengan acute hemolysis adalah jangkitan oleh bakteria.



Banyak ubat-ubatan yang tidak dapat diambil oleh mereka yang mengalami masalah G6PD. Senarai ubatan ini panjang dan apa yang perlu dilakukan adalah selalu memberitahu doktor yang merawat anak mengenai masalah anak anda yang mengalami G6PD. Ini dapat mengelakkan mereka menggunakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan komplikasi.


Di antara ubat-ubatan yang boleh membawa komplikasi


Ubat-ubatan penyakit malaria dan antibiotik yang mengandungi kandungan sulfur. Selain daripada ubat, kacang parang jenis “fava beans “ juga boleh menyebabkan oksidasi sel darah merah. Selain itu juga komplikasi G6PD juga dikaitkan dengan penggunaan ubat serangga.



Rawatan


Cara rawatan yang utama adalah mengelakkan daripada perkara yang boleh menyebabkan acute hemolysis seperti yang dinyatakan di atas. Kadangkala sel darah merah yang pecah secara keterlaluan menyebabkan bayi itu pucat. Ini mungkin memerlukan pemindahan darah. Perlu diingatkan juga, masalah G6PD ini disebabkan kekurangan penghasilan enzim dan ini adalah masalah yang akan kekal buat selamanya.

Penting kepada para Ibubapa … ketahui kesihatan anak anda ….

Benda ini biasanya tertulis di dalam kad kesihatan anak anda (biru @ pink) ….

Itulah halnya G6PD ni..Oleh itu, ambil berat tentang hal ini agar anda tidak menjadi bingung seperti mana aku telah lalui. Wassalam.

About these ads

13 Responses to “Kenali Penyakit Anak-Anak Kita. (G6PD)”

  1. Anonymous Says:

    Assalamualaikum,terima kasih information anda.anak saya baru di lahirkan rabu lepas dan disahkan ada G6PD. Besok nak jumpa doctor. Ape rawatan yg sewajarnya selain dari mengelakkan bende2 di atas? Fairuz

    • puteramalam Says:

      Salam..saya rasa tiada masalah utk itu. Cuma utk kepastian puan boleh rujuk dengan doktor bertauliah.

  2. syidi_black Says:

    Waalaikumsalam Fairuz..Sebenarnya tiada rawatan lain. Cuma perlu pemantauan dari masa ke semasa agar tidak terdedah dgn alahan yang disenaraikan.Ibu juga perlu peka dan jgn makan atau gunakan benda yang disenaraikan sebagai alahan kepada anak. Ini kerana ibu akan menyusui anak secara langsung akan memberi kesan kepada anak.tanda-tanda anak terkena alahan ialah, dia akan demam secara tiba-tiba dan badan anak akan menjadi kekuningan. segeralah bawa berjumpa doktor dengan segera.Jika anda membawa anak ke mana-mana klinik atas sebab anak kurang sihat batuk selsema atau sbgnya, sila maklumkan kepada doktor yang anak anda G6PD agar dia dpt memberi ubat khas yg tidak memberi kesan alahan kepada anak.Sila berjumpa doktor pakar untuk maklumat lebih lanjut. Terima Kasih.

  3. Assalamualaikum sahabat..Terdahulu, terima kasih diatas informasi yang amat berguna buat sesiapa sahaja terutama bagi sebuah keluarga baru seperti kami.. Anak saya juga seorang pengidap G6PD dan baru berusia 5 bulan.Adakah cara2 tertentu untuk mengesan punca alahan kepada pengidap penyakit ini?Untuk reference pihak tuan, anak saya menunjukkan tompokan berwarna 'pink' di lipatn jari telunjuk dan di bawah bibir sebelah kanan. Setiap tompokan bersaiz 3cm.terima kasih

  4. syidi_black Says:

    Salam..Perkara Pertama, Ibu Bapa dan Penjaga mestilah 'alert' sebilang masa bagi memastikan bayi tidak terdedah kepada benda2 alahan secara sengaja atau tidak.Jika bayi terkena alahan berkenaan, mata dan badannya akan kekuningan seolah2 demam kuning. Berdasarkan [engalaman kawan2 saya, ada bayi g6pd yang mengalami pendarahan diliang2 roma yang bermaksud darah keluar dari liang2 roma kulit bayi.Untuk maklumat lanjut, sahabat boleh mohon nasihat daripada Pakar Bayi di mana2 hospital Kerajaan @ Swasta.Wassalaam

  5. sangklibot Says:

    assalamualaikum….terima kasih di atas info ini..hari ini pada 25hb Disember 2009,saya mendapat cahaya mata yg ke 3 (lelaki)& disahkan doktor menghidap G6PD…saya telah bertemu dengan seorang pakar Metaphysics Consultant yang berupaya untuk mengubati penyakit ini (beliau hanya menolong ..Allah jua yang menentukan & kekuasaan hanya pada yang Esa…kita hanya berikhtiar)- Ayah mertua saya menghidap stroke seluruh anggota setelah berubat 5x bersama beliau sekarang alhamdulillah lebih sihat dari dulu.- Anak kedua saya ada masalah paru2/pernafasan (bronchoteist) sejak lahir..sekarang alhamdulillah sudah tidak ada masalah paru2/pernafasan sempit.anak kini berusia 3 tahun (bulan januari 2010 genap 3tahun)- Anak saya yang baru lahir G6PD hari pertama kelahiran mengalami masalah tidak dapat membuang air kecil selama 2hari.Doktor pakar telah memasukkan tiub (untuk merangsang pembuangan air kecil) juga tidak berjaya.Terus anak saya dibawa ke unit PENDIATRIK. saya telah menemui beliau untuk dapatkan khidmat bantuan,selang beberapa jam 3-4 jam anak saya dapat membuang air kecil seperti normal.Besok 30hb Disember saya akan berjumpa beliau untuk berubat berkenaan G6PD yang dialami anak saya.Kerana beliau memberitahu saya beliau boleh mengubatinya,inshaallah.Pada 27hb Disember 2009 saya telah diketemukan oleh beliau oleh seorang ayah kepada pesakit G6PD yang beliau telah ubati,menurut ayah kepada bayi tersebut anaknya kini dapat menjalani kehidupan seperti kanak2 normal yang lain.Besok saya akan mendapatkan khidmat beliau,sebarang perkembangan lanjut akan saya reply disini insyaallah.*yusmar 012-4542105 PULAU PINANG yusmar2205@yahoo.com

    • assalamualaikum..en.Yusmar, saya ingin bertanyakan adakah betul kata en. yang g6pd boleh disembuhkan?anak saya juga turut mengalami g6pd..

  6. salam.. saya baru bersalin dan dikurniakan bayi lelaki… alhamdulillah dah sepasang anak saya.. tetapi bayi saya g6pd… saya nak tahu.. anggur hitam dan hijau boleh tak dimakan oleh pesakit atau ibu yg menyusu bayi g6pd.

  7. ahmad mario Says:

    salam semua, saya antara yang ada g6pd, n dah besar pun, memang masalah n xdala serius, cuma parents kena pantau anak2 yg ada g6pd ni dari segi pemakanan, dan keadaan sekeliling. contoh pengalaman, kalau boleh elakan anak2 g6pd terbau racun serangga @ bau yg kuat, mcm ridsect, aerosol, ubat gegat, racun rumput dll.. makan pun berpatang jugak, paling kena care, kacang mcm admin cakap. yg lain sy xpasti.. DAN YG PENTING, parent kena alert anak2 g6pd yg 2-3 tahu kebawah waktu tido, kadang2 pernafasan diorang ada masalah mcm susah bernafas. parents sya cakap sy penah kena, ingat2 cm 2 jela.. pkul 3 pagi, xpasal kena sedut oksigen kat spital…(^^). pas pada 2, apa lagi, berpantang jela. kongsi pengalaman untuk kesenangan bersama.

    • puteramalam Says:

      Salam bro Mario..Thanks sbb kongsi satu lagi pengalaman yg amat berharga dengan rakan2 kita..smmgnya pengalaman sebegini tkkn dpt di mana2 walu doktor sekali pun..hehe..

      Whatever pun Thanks a lot bro.

  8. saya nak ty mcm anak saya ada G6PD..boleh ke guna minyak angin kalau nak kembung perut?

    • puteramalam Says:

      Salam bro amran. Stahu saya, kalu minyak angin biasa tk jdi masalah, Alhamdulillah. Anak saya so far ok guna minyak angin

  9. salam..oo ye ker?minyak urut yu yi tu bleh la kan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: