Blogger Return (Bukan Superman)

Posted in Itu Aku on January 8, 2011 by puteramalam

Lama benar aku tidak kemaskini blog ni. Rindu pulak nak mengarang tapi kekurangan input. Whatever pun, akan aku cuba sedaya untuk menggunakan ruangan ini sebaiknya…

AYUH ATM! TERUSKAN PERJUANGAN! TAKLUKI LIGA PREMIER 2010!

Posted in Bolasepak with tags on February 10, 2010 by puteramalam

‘Kami RELA BERKORBAN dengan penuh TAAT SETIA diiringi laungan semangat yang SENTIASA DI UDARA‘.

Rasanya itulah kata-kata semangat yang patut tertanam dalam sanubari setiap pemain-pemain ATM dalam menggempur musuh dalam misi menakluki TM Liga Premier 2010 yang kini sedang rancak berjalan. ATM telah mengharungi 5 perlawanan dan memungut 8 mata berada di tangga 5. Permulaan yang amat baik yang menyaksikan hanya kalah sekali di tangan Sabah tempohari. Dalam saingan Piala FA, mereka berjaya ke peringkat seterusnya setelah berjaya menewaskan Melaka dengan agregat 6-1. Kebangkitan ATM dilihat dipengaruhi beberapa faktor. Antaranya ialah, pengambilan pemain impot tempatan seperti V Saravanan, Chan Win Hong, Danial Fadly(Wiratnom), Ahmad Tharmini Saiban dan ramai lagi bintang bolasepak Malaysia suatu ketika dulu. Kehadiran mereka memberi impak yang positif terhadap moral pemain dan paling ketara adalah perhatian penyokong ATM itu sendiri. Penyokong mula membanjiri Stadium sejak Liga ini bermula awal tahun lalu. Kelibat pemain-pemain impot tempatan amat ditagih dengan harapan dapat memberi sesuatu yang penyokong inginkan iaitu MENANG ke atas semua lawan mereka.

Selain itu, Jurulatih baru ATM Razali Husin juga dilihat telah melakukan rombakan besar-besaran tim ATM dari hujung kaki hingga hujung rambut termasuklah pentadbiran dan corak latihan. Continue reading

JADUAL TM LIGA PREMIER 2010

Posted in Uncategorized on January 25, 2010 by puteramalam
Tarikh

Perlawanan

Home/Away

Masa

Tempat

11 Jan 2010 ATM vs HARIMAU MUDA

H

2045

STADIUM MP SELAYANG
15 Jan 2010 SHAHZAN MUDA VS ATM

A

2045

STADIUM DARUL MAKMUR
18 Jan 2010 MP MUAR VS ATM

A

2045

STADIUM LARKIN
22 Jan 2010 ATM VS SABAH

H

2045

STADIUM MP SELAYANG
29 Jan 2010 SARAWAK VS ATM

A

2015

STADIUM SARAWAK
12 Feb 2010 ATM VS USM FC

H

2045

STADIUM MP SELAYANG
Continue reading

Komuniti Penyokong Bolasepak ATM (We’re Soldier!)

Posted in Sukan with tags on January 25, 2010 by puteramalam

ATM memulakan musim 2010 dengan semangat juang yang tinggi. Sudah semestinya harapan para peminat dan penyokong ATM menggunung tinggi untuk melihat pasukan kesayangan mereka mencapai matlamat terbaik musim ini. Bermula dengan menandatangani beberapa pemain berstatus bintang dalam bolasepak tempatan, ATM seolah-olah menggamit penyokong nya untuk kembali ke stadium. Sebelum liga bermula, penulis sudah membayangkan sambutan penyokong dibantu dengan liputan meluas oleh media tempatan. Perlawanan pertama ATM menentang Harimau Muda menjadi saksi bahawa ATM mempunyai auranya yang tersendiri dengan kehadiran begitu ramai peminatnya sekitar  Lembah Kelang.  Continue reading

F.A.M COME ON!! SELAMATKAN HARIMAU MUDA!!! JANGAN ZALIM WOIIIIII!!!!!!!

Posted in Bolasepak on January 21, 2010 by puteramalam
 ( Tengok ni Pemain Harimau Muda sedang melarikan bola dari budak sekolah)
AKU MEMANG DAH TAK TAHAN DENGAN APA YANG F.A.M BUAT SELAMA NI. AKU MULA RASA SAKIT HATI SEJAK PLAYER PERAK RAZALI UMAR KANDASAMY ABSENT TRAINING SKUAD KEBANGSAAN KENA DENDA RM 10,000.00. ELOK F.A.M BUAT LAWATAN PI TGOK SAPE SEBENAR RAZALI. DIA ABSENT ATAS SEBAB KEBAJIKAN, MASALAH FAMILY. DIA ORANG SUSAH BKN ORANG SENANG, NAK BANTU FAMILY LAGI, FIKIR LA F.A.M.
SATU SATU LAGI PAPER HARI NI , HARIMAU MUDA DITOLAK UTK SERTAI LIGA TEMPATAN DAN PERMOHONAN UNTUK SERTAI LIGA -S JUGAK TAK DITERIMA OLEH SINGAPURA. AZRAI KHOR PULA KENA PLAN APA NAK BUAT, DGN SAPE NK LAWAN. DAH BUAT FRIENDLY DGN TIM BUDAK SEKOLAH BACA LA SENDIRI!! SAKIT HATI aKU!! Klik Sini:  Kesian Harimau Muda
KALAU MACAM NI LA. MEMANG PINGAT EMAS SUKAN SEA TAHUN LEPAS YANG TERAKHIR LA.. PERUNTUKAN RM 10 JUTA YOB…FIKIR FIKIR…BENGANG MEMANG AKU BENGANG!!!

ATM Laung Amaran Ikat Harimau Muda

Posted in Sukan with tags on January 12, 2010 by puteramalam

ATM (1)Harimau Muda (1)

Senarai Nama Pemain ATM yang diturunkan semalam:

  1. KHAIRUL ANUAR MOHD (GK)
  2. AHMAD THARMINI SAIBAN (C)
  3. MOHD FAUZAN DZULKIFLI
  4. DANIAL FADZLY ABDULLAH
  5. CHAN WIN HOONG
  6. MOHD SYAFIQ ABD SAMAD
  7. MOHD ASLAM NAJUMUDEEN
  8. MUHD  SYAHMAN ZAINUDDIN
  9. MOHD ZAHARI ZAIN
  10. MUSABRI MAT NAYAN
  11. ZAINAL JAKARIA
  12. FAHRUL NIZWAN AB NASIR – SUB
  13. SUHHAIMI ISHAK – SUB
  14. MOHD SAIFUL MUSTAFA – SUB
  15. MOHD NAFUZI ZAIN – SUB
  16. MOHD SHAHZREEN NAWI – SUB
  17. V. SARAVANAN – SUB
  18. MOHD NASRIL NOURDIN (GK)  – SUB

Stadium Selayang semalam gemuruh dengan kira-kira 2000 penonton yang terdiri daripada penyokong Tuan rumah ATM dan pelawat. Perlawanan bermula agak hambar di separuh masa pertama dengan kedua-dua pasukan terikat 0-0. Setelah itu, di separuh masa kedua permainan semakin rancak dalam keadaan padang yang agak lembab kerana hujan pada petangnya.

ATM membawa masuk V Saravanan di separuh masa kedua dan hasilnya minit ke 78 V Saravanan memecah kebuntuan dengan jaringan kencang setelah menerima hantaran silang. Harimau Muda yang seolah-olah disuntik bingkas bangun dengan serangan bertali arus ke kubu ATM. Biar pun beberapa kali Harimau Muda mendapat peluang namun gagal diterjemahkan dengan gol sehinggalah kira-kira 10 minit selepas gol ATM, Harimau Muda menyamakan kedudukan 1-1.

Secara keseluruhannya, permainan tampak seimbang dan pasukan lain dalam Liga Perdana harus berwaspada dengan ATM kendalian Razali Alias ini. Biar pun terlalu awal untuk menilai sesuatu tentang pasukan ATM ini, namun segalanya adalah berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. ‘Penjenamaan’ semula ATM 2010, nampak berhasil diperlawanan pertama ini. Harimau Muda bukanlah calang-calang pasukan. Anak-anak buah Ong Kim Swee ternyata lebih bertenaga setelah dilihat sentiasa bergerak sepanjang masa berbanding ATM yang nampak sedikit letih dan ATM berjaya memperlahan tempo permainan yang akhir menjerat diri yang menhancurkan impian untuk memperoleh 3 mata penuh.

ATM vs Harimau Muda – TM Liga Perdana 2010

Posted in Sukan with tags on January 11, 2010 by puteramalam

ATM vs Harimau Muda

Jam: 2045

Venue: Stadium MPS, Selayang.


ATM yang diberikan nafas baru bakal turun untuk pertama kali untuk tahun 2010 menentang Harimau Muda di Selayang. ATM membuat kejutan dengan membeli pemain-pemain berstatus tinggi dalam bolasepak Malaysia untuk memperkuatkan pasukan mereka dalam memburu kejuaraan Liga Perdana musim 2010. Antara nama-nama besar yang sah membawa cabaran bersama ATM antaranya adalah V.Saravanan dan Khalid Jamlus. Di samping itu, nama lain termasuklah Nasril Nordin yang dikatakan akan cuba mempamerkan aksi terbaiknya musim ini untuk mencuri perhatian jurulatih pasukan Kebangsaan Malaysia. Continue reading