Cerita Rakyat…(Pemandu Bangsat)

Dalam keghairahan menyambut syawal yang lalu, aku kurang gembira dek kerna memikirkan kesukaran untuk melepasi ‘traffic jamm’ yang menggila.

Bukan sebab itu sahaja, malah keberangan aku ditambah dengan sikap kurang ajar dan biadap sesetengah pemandu yang memandu ikut suka ‘mak bapak diorang'(maaf malaysia). Itu adalah kenyataan bila-bila dan di mana-mana sahaja jika kita memandu.

Cuba kita renung sejenak. Salahkah kita berbaris dalam kesesakan dan menunggu giliran untuk bergerak walaupun seinci demi seinci? Salahkah itu? Sehinggakan kita dihukum oleh si bangsat yang memotong disebelah kiri yang dikhaskan untuk kecemasan (dilebuhraya). Si bangsat ini konon-kononnya hendak cepat untuk ke sesuatu tempat. Habis tu kita dan beratus-ratus lagi yang bersesak-sesak di sini tidak faham erti cepat? Atau memang Si Bangsat tu pentingkan diri sendiri?

Apa yang menyakitkan hati, yang memotong Q sebelah kiri tu, majoritinya kereta buatan luar dan dikategorikan mewah. Jadi, agak-agaknya siapa yang memandu kereta yang mewah begitu? Mungkin ‘drivernya’ kepada bos kereta? Terdetik dalam hati aku, kereta murah sering ditindas oleh kereta mewah dijalanraya. Salahkah jika aku kata begitu?

Kalau anda nk kepastian, turun sendiri ke Lebuhraya berdekatan terutama ketika musim perayaan. Golongan bangsat ini tidaklah ramai sangat.Dalam 100 buah kereta di lebuh raya tu mungkin ada dalam 5-10 buah kereta yang dipandu oleh pemandu bangsat ini.

Sedarlah wahai rakyat Malaysia. Ubah minda. Ubah cara berfikir. Fikirkan hak orang lain. Jangan pentingkan diri. Aku Ulang!! JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI!. Kasihanilah rakyat yang lain. Biarlah apa bahasa yang dituturkan, apa warna kulit dan bangsa layanilah dengan cara yang sama kerana kita Rakyat Malaysia.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: