BOLASEPAK MALAYSIA??? apa kes?

BOLASEPAK adalah sukan yang begitu sinonim dengan sesiapa sahaja. Bukan sahaja lelaki, malah ada juga golongan hawa yang amat meminati sukan yang glamor ini. Namun begitu, sedar atau tidak, sukan ini tenggelam di Malaysia. Istilah tenggelam ini ditujukan kepada situasi Bolasepak Malaysia ketika ini. Tidak perlulah kita mengkaji dengan cara menyusahkan diri, cukup sekadar kita temuramah mana-mana individu yang dikatakan meminati bolasepak dan tanyakan kepadanya, siapa penjaga gol utama pasukan Malaysia? Kalau yang dapat menjawab pun mungkin seorang daripada 50 orang yang anda temui.

Sebaliknya, jika anda bertanya siapakah penjaga gol utama pasukan England atau pasukan M.U? Tanpa berfikir panjang dia akan menjawab dengan ‘bin’ sekali.Apa yang cuba aku katakan kepada semua rakyat Malaysia, Bolasepak kita ibarat hidup segan mati tak mahu dek kerna populariti bolasepak luar yang masuk ke Malaysia secara meluas.

Pepatah melayu ada mengatakan, ‘Hujan emas di negeri orang, Hujan Batu di negeri sendiri’, lebih baik negeri sendiri. Sedarkah kita, di mana kita berada sekarang? Ketahuilah bahawa aku dan kita semua di ‘negeri hujan batu’ yang tidak kurang indahnya.Di negara luar segala-galanya indah. Tidak sedikit pun nampak cacat celanya. Aku cuba mengubah perhatian rakyat kita kembali ke Malaysia. Jangan terlalu meminggirkan tanah tumpah darah sendiri. Dalam arena bolasepak, negara sendiri disindir, diherdik paling menyakitkan hati menghina negara sendiri. Sememangnya itulah hakikat sebenar. Itulah wakil yang terpilih untuk mewakili negara.

Masalah orang kita sekarang adalah inginkan kesenangan atau kemenangan segera. Segalanya segera. Dalam perkara seperti ini ianya memerlukan sokongan. Lebih baik jadi penyokong daripada menjadi peminat. Ini kerana peminat hanya ‘minat’ sewaktu senangnya pasukan itu. Manakala penyokong, akan menyokong setiap masa tidak mengira situasi.

Ada pula yang cerdik pandai yang mengatakan, ‘pengurusan bola sepak Malaysia perlukan rombakan’. Memang kita ada hak untuk menyuarakan pendapat, namun begitu, jika hal yang melibatkan pengurusan yang sepatutnya difikirkan oleh pihak yang tertentu, usahlah kita memerah otak untuk memikirkan apa yang sepatutnya pihak pengurusan lakukan. Lebih baik jika kita memikirkan perkara ditahap yang sepatutnya kita fikirkan. Pada aku, tahap kita hanyalah menjadi Penyokong. Sokong apa yang ada di Malaysia sebelum kita melangkaui batasan untuk sokong perkara-perkara dari luar.Cubalah tanamkan rasa bangga menjadi rakyat Malaysia.

Aku terharu yang mana satu ketika aku menonton peerlawanan persahabatan Malaysia dan Chelsea yang mana ketika itu mengenakan jersi perak AFC yang mana coraknya sama dengan jersi Malysia. Ketika di luar stadium aku lihat pelbagai ragam rakyat malaysia, ada yang mengenakan jersi Chelsea dan tidak kurang juga yang mengenakan jersi Malaysia. Pun begitu, apa yang membuatkann aku terharu adalah, dicelah-celah ribuan orang di luar stadium ketika itu, terlihat kelibat anak ‘mat saleh’ dan ibunya sedang bergegas masuk ke stadium dengan mengenakan jersi Malaysia dan jalur gemilang ditangan. Jadi, moralnya, anda fikirlah sendiri.

Untuk menjadi peminat bolasepak luar negara tidak salah jika kena caranya. Tetapi, tolonglah jangan pinggirkan bolasepak tempatan. Cukup sekadar mengambil berat tentangnya. BUkan orang lain pun yang bermain bolasepak untuk pasukan negeri atau kelab di Malaysia ketika ini, semuanya orang Malaysia macam kita. Sokonglah sedaya mungkin. Berilah kritikan membina. Percayalah kita mampu mengubah segalanya asalkan kita penyokong bersatu padu tidak kira masa. Aku yakin Malaysia Boleh.

2 Responses to “BOLASEPAK MALAYSIA??? apa kes?”

  1. AZMALNOR Says:

    macam-macam kes la skot…ntah apa-apa.. ramai player negara nie berlagak…disiplin n mental tak kuat.. tapi apa pun aku setuju dengan kau yang kita kena sokong negara kita sendiri.kalau orang tanya aku pasal EPL ke Serie A ke, aku memang tak amik tau. Yang aku sokong dari dulu sampai sekarang team Negeri Sembilan, Hobin Jang Hobin. sebab related gengan aku. kalau aku sokong M.U ke apa ke, apa kaitannya dengan aku? tapi itu masing2 punya hak dan selera. cuma jangan sampai ketepikan kenegaraan kita sendiri. by d way, thanks sudi berkunjung ke blog aku..regardsAZMALNORwww.lamje.blogspot.com

  2. syidi_black Says:

    Thank a lot. Bagus, Sokong lah barangan tempatan. Tk kiralah ‘Jang ke’ yob ke, mn ke janji malaysia.Nak sokong M.U? Chelsea? itu hak masing-masing. Bukan apa skot, ada makhluk merangkap rakyat malaysia dh lupa diri dan kutuk habis-habisan negara sendiri. Apa kes?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: