PERJALANAN TERAKHIR SEORANG INSAN




Kehidupan kita di muka bumi ini adalah sesuatu fana, bermakna ianya tidak akan kekal abadi, yang abadi hanyalah Allah SWT. Aku mula tersentap mengingati kematian boleh berlaku tidak kenal siapa dan tanpa mengira usia, setelah anak saudara ku yang baru berusia 9 tahun meninggal dunia pada 18 Okt 2008 yang lalu.

Kematiannya itu mengejutkan ramai saudara mara dan jiran tetangga. Walaupun ajal maut itu ditangan Allah SWT, namun ada sesuatu yang boleh dipertikaikan telah berlaku sebelum kematian arwah. Mengikut cerita asalnya, arwah meninggal dunia akibat kecederaan dalaman yang serius setelah tulang rusuknya patah dan mencederakan hempedunya.

Pun begitu, terdapat faktor kelalaian yang boleh dipertikaikan kerana arwah telah dibawa ke hospital untuk mendapat rawatan kira-kira 7 jam sebelum arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ceritanya bermula pada petang 17 Okt 2008 setelah arwah mengadu sakit dada kepada bapa arwah yang juga Abang Ipar ku. Tanpa membuang masa arwah dibawa ke Hospital Jitra untuk pemeriksaan. Oleh kerana hospital berkenaan tidak mempunyai pakar, arwah dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk di ‘X-Ray’ untuk memastikan punca kesakitan dada arwah.

Namun begitu, segalanya tidak berlaku apabila kakitangan hospital dan doktor yang dipertanggungjawabkan hanya melakukan pemeriksaan ala kadar dan ‘X-Ray tidak dilakukan seperti yang diharapkan. Pada ketika itu, arwah memang sedang menderita akibat kesakitan yang teramat sangat. Doktor berkenaan hanya menulis laporan ‘X-Ray’ walhal perkara berkenaan tidak dilakukan langsung. Doktor juga mengesahkan tiada apa yang perlu dirisaukan kerana ianya hanya kesakitan biasa walaupun bapa arwah memaklumkan bahawa punca kesakitan adalah setelah arwah terjatuh daripada basikalnya sewaktu bermain.

Kata doktor lagi, kesakitannya akan hilang setelah 2 atau 3 hari. Memang benar bagai dikata oleh doktor, bukan 2 hari, tidak sampai 2 jam selepas itu, arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Maka bermulalah episod duka dalam keluarga ku. Laporan Polis dibuat dalam memastikan kebenaran dapat ditegakkan. Perkara ini dianggap berpunca daripada kelalaian pihak hospital yang sebelum ini memang banyak menimbulkan rasa tidak tidak puas hati ramai pihak. Keluarga arwah mungkin akan menyaman pihak hospital dan telah pun mendapat nasihat daripada pihak guaman untuk tujuan itu.

Saman ini dilakukan bukan untuk publisiti atau untuk wang semata-mata, sebaliknya ianya untuk ‘menyedarkan’ pihak yang tidak bertanggungjawab ini agar ianya tidak berulang dimasa akan datang kepada pesakit yang lain.

Oleh yang demikian percayalah bahawa kematian boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Dalam kes yang diceritakan tadi, sememangnya Allah telah menetapkan usianya hanya setakat 9 tahun untuk menikamati kehidupan di dunia ini. Bagaimana dengan usia kita? Hanya Allah yang tahu. Wallahuaklam. Sentiasalah mengingati mati. Itu adalah pesan untuk aku dan sesiapa sahaja.

BERITA LANJUT TENTANG PERKARA INI BOLEH DIDAPATI DI, http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20081020094536/Article/index_html

3 Responses to “PERJALANAN TERAKHIR SEORANG INSAN”

  1. khairi000007 Says:

    Setiap insan pasti merasainya…Tidak kira tua ataupun muda…Hakikat yg harus diterima setiap insan di LAMAN KEHIDUPAN YG FANA..

  2. AZMALNOR Says:

    anak buah kau ke skot? kalau dah ajal tu nak kata apa, tapi yang dikesalkan sebab kelalaian orang lain tu..kalau mereka usaha sebaik mungkin, tiada sesiapa nak rasa kesal..

  3. syidi_black Says:

    Salam Skot..Mmg anak buah aku tu, aku sedih sangat, tak sangka, memang tak puas hati dgn hospital tu. Mujurlah spupu aku dah bg jalan untuk menegakkan kebenaran, dia sediakan peguam. Harap benda mcm ni tk jdi kt org lain, teraniaya nnt. Thank A lot skot…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: