DUGAAN KEHIDUPAN


Tidak lama lagi musim cuti sekolah bakal menjelang. Suasana di sekolah ketika ini mungkin sibuk dengan peperiksaan akhir tahun dan SPM Insya Allah 10 Nov 2008 akan datang.

Namun begitu, bukan itu topik yang akan aku kongsi kali ini. Majlis yang sering berlangsung ketika musim cuti sekolah iaitu Majlis Walimatul’urus. Aku yakin ramai rakan aku akan melangsungkan perkahwinan dalam sebulan dua akan datang.

Untuk itu, ingin aku kongsikan pengalaman hidup aku melalui alam perkahwinanku sejak 2 tahun yang lalu. Sesungguhnya banyak cabaran yang aku telah lalui sehinggalah aku diijab kabulkan dengan isteri tersayang.

Sesungguhnya hidup ini menyediakan rintangan dalam memastikan kita sentiasa tabah dan cekal setiap masa. Cabaran sebelum berkahwin adalah amat berbeza dengan cabaran selepas berkahwin. Namun begitu, kedua-duanya amat menguji kesabaran dan kecekalan jiwa. Sebelum aku berkahwin, perancangan yang teliti telah pun dibuat. Alhamdulillah, segalanya cukup baik dari segi kewangan, fizikal, mental, spiritual dan segalanya.

Pun begitu, kita hanya merancang tuhan yang menentukan. Allah SWT menguji kami berdua dengan dugaan yang agak perit di mana kami mengalami masalah yang kritikal. Bayangkan, sudah hampir setengah tahun berkahwin kami hanya mampu menyewa rumah tanpa kelengkapan yang sempurna. Tidur hanya beralaskan toto dan memang tidak menyenangkan. Alhamdulillah, isteriku faham dan mengerti masalah yang sedang dihadapi. Aku redha, berdoa dan berusaha mengatasi masalah yang timbul dengan kadar segera, kerana ini adalah tanggungjawab yang perlu aku pikul. Tambahan pula ketika itu isteri ku sarat mengandung anak sulungku dan turut mengalami alahan yang agak teruk. Sekali lagi kesabaran aku teruji, dan Alhamdulillah aku berjaya menghadapinya dengan tenang walaupun ini adalah pengalaman pertama.

Pernah dulu aku diberi tazkirah oleh salah seorang senior di tempat kerja, beliau menyatakan bahawa Allah Maha Adil dan Pemurah. Dia mengatakan begitu kerana sebelum aku membuat keputusan untuk berkahwin, aku menyatakan, kalau aku kahwin, bajet aku akan menjadi makin kritikal dan cukup-cukup makan. Setelah itu, dia menjelaskan hakikat sebenarnya. Allah Maha Adil. Setiap amalan baik ada ganjarannya dan setiap yang hidup di muka bumi ini ada haknya sendiri. Ini bermakna, jika aku berkahwin bermakna Allah akan menyediakan hak untuk isteri dan anak-anak ku. Bagaimana? Hanya Allah yang tahu.

Hinggalah sampai satu ketika iaitu sebelum isteriku melahirkan anak yang pertama, aku dinaikkan pangkat sekali gus gaji ku bertambah. Alhamdulillah. Dikala itu, aku teringatkan pesan senior aku lebih kurang setahun sebelum itu. Allah Maha Adil. Subhaanallah. Dia telah mengurniakan hak untuk anak sulungku. Itulah rezeki anak namanya.Begitu juga halnya dengan anak yang kedua, sebulan sebelum dia dilahirkan, gajiku berubah tangga dan sekali lagi, Alhamdulillah. Semoga keimanan ku semakin bertambah.

Kesimpulannya, solat 5 waktu jangan tinggal. Berdoa setiap hari dan minta apa sahaja yang terdetik dalam hati (perkara Baik). Hormati orang yang lebih tua dan sesiapa sahaja biar pun dia hanya ofis boy. Kalau boleh solat berjemaah dengan isteri atau di surau /masjid dan jauhi perkara-perkara yang mungkar. Pesanan itu adalah untuk aku sendiri sebenarnya, dan untuk sesiapa sahaja. Ingatlah HIDUP INI FANA, Yg KEKAL HANYALAH ALLAH SWT.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: