AJAL MAUT ADALAH KETENTUAN ALLAH S.W.T

Episod duka dalam keluarga ku kembali pada Ahad lalu. Kebetulan aku pulang ke kampung halaman di Kg Permatang Raja Pantai Remis Perak. Lebih kurang jam 1045 ibu aku dapat panggilan daripada sepupu aku di Bagan Serai yang mengatakan isterinya meninggal dunia. Kami sekeluarga terkejut besar kerana baru hari raya yang lepas mereka datang menziarah orang tua ku.

Sememangnya aku mempunyai ramai sepupu dan muka sedondon macam adik beradik. Sejak dari kanak-kanak sehingga kini kami memang rapat. Seperti kata pepatah ‘Cubit Paha Kiri, Paha Kanan terasa Sakit’. Tetapi sepupu aku yang meninggal dunia ni banyak menghabiskan zaman kanak-kanaknya di kampung halaman ayahnya di Kuala Nerang Kedah sehinggalah dia dijodohkan dengan suaminya yang berasal dari Bagan Serai Perak. Oleh kerana umur arwah lebih tua aku memanggilnya dengan panggilan kakak.

Apa yang menyedihkan, arwah meninggalkan 3 tiga orang cahaya matanya. Anaknya yang bongsu baru berusia 4 bulan dan masih menyusu badan. Ya Allah. Berlinang air mata aku melihat anak bongsunya ditambah lagi dengan dua orang lagi anaknya. Memang menyedihkan. Ajal maut ditangan tuhan. Arwah sememangnya peramah dan disenangi oleh sesiapa sahaja di kampung berkenaan dan arwah bertuah kerana mempunyai ibu mertua yang baik hati dan penyayang. Pemergian arwah sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam kepada keluarganya dan keluarga mertua nya.

Keluarga mertuanya bukanlah calang-calang orang. Difahamkan bapa mertua arwah adalah orang penting Masjid kawasan berkenaan. Tidak hairanlah jika semasa Solat Jenazah 5 saf masjid. Bayangkan betapa ramainya. Aku terkejut pada mulanya kerana aku sampai masjid dikala jemaah sudah bersedia untuk memulakan Solat dan aku sempat memberi sumbangan ku yang terakhir dan diharap sampai kepada arwah INSYA ALLAH.

Melihat kepada suami arwah dan anak-anaknya membuatkan aku insaf dan aku berdoa agar kasih sayang aku kepada anak-anak dan isteriku makin utuh dan kekal selamanya. Yang pergi biarlah pergi kita yang masih hidup teruskan sisa hidup. Ajal maut ditangan Allah SWT. Berdoalah agar kita akan digolongkan dalam golongan insan-insan yang beriman dan beramal soleh kelak.

Al-Fatihah untuk semua arwah muslimin dan muslimat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: