POTRET KEJAYAAN (Bahagian 1)

POTRET KEJAYAAN (Bahagian 1)

Satu ketika dulu aku hanya seorang budak kampung yang hanya tahu selok belok kampungku sahaja. Tidak terlintas dibenak fikirku untuk keluar daripada kepompong yang aku sangka itu adalah lubukku yang terbaik dalam hidupku. Aku bahagia dengan keluarga ku yang sederhana, penyayang dan sentiasa memberi galakkan untuk berjaya. Aku seperti kanak-kanak kampung yang lain, sentiasa memikirkan keseronokan dan keinginan yang lazimnya diinginkan oleh kanak-kanak lain.

Bulan berganti bulan tahun berganti tahun, aku meningkat remaja. Pada ku, aku cukup bertuah kerana dikenali ramai dan memiliki ramai kawan. Mungkin kerana sikap peramah ku dan mudah bergaul. Kejayaan demi kejayaan aku kecapi. Walaupun ianya adalah kejayaan yang tidak seberapa, namun aku tetap puas kerana telah membuat ibubapa gembira. Pada ku, kegembiraan ibubapa adalah penting daripada segalanya. Syukur kepada Allah kerana mengurniakan ibubapa yang mengambil berat terhadap pelajaran ku dan anak-anaknya yang lain. Semangat ku untuk berjaya disemarakkan lagi dengan kejayaan kakak sulungku ke manara gading. Ditambah lagi dengan kejayaannya menggenggam segulung ijazah. Aku mula memasang impian untuk ke arah itu. Aku akui, aku tidak sehebat kakak. Namun begitu, aku tetap berusaha walaupun dengan keputusan yang tidak seberapa.

Berbekalkan keputusan PMR yang tidak seberapa, aku berjaya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Teknik. Impianku selama ini menjadi nyata. Aku berjanji pada diri ku agar tidak sekali-kali menoleh kebelakang. Sebaliknya, aku teruskan perjalanan hidup dalam suasana hidup yang berbeza.

Pengalaman pertama dalam hidupku tinggal di asrama dan jauh daripada keluarga. Memang sukar, akan tetapi itu adalah perkara kecil, yang penting adalah aku perlu kejar cita-citaku untuk membantu keluarga kelak. Banyak perkara baru yang aku pelajari di asrama. Secara tidak langsung ianya membentuk peribadi yang mulia dan hidup berdikari. Aku sentiasa berusaha menyaingi rakan-rakan yang sememangnya hebat. Apa tidaknya, tahap pemikiran mereka lebih tinggi daripada aku. Aku hanya membawa bekal 3 A dalam PMR yang lalu, juga merupakan antara yang terbawah kalau disenaraikan.

Seingat aku, selama berada di sekolah berkenaan lebih kurang 2 tahun, aku banyak menghabiskan masa bersukan. Bagaimana pun, pelajaran tetap menjadi agenda utama aku. Tetapi, bersukan lebih membuatkan jiwa aku tenang dan puas setelah penat memerah otak. Sudah semestinya sukan yang aku minati adalah Bolasepak. Pada aku, bolasepak bukanlah baru bagi ku, kerana aku mula bermain mewakili sekolah sejak darjah 4 lagi. Namun begitu, pasukan bolasepak Sekolah Teknik Taiping adalah pasukan terbaik yang pernah aku wakili. Walaupun aku tidak sehebat mana tetapi kehadiran rakan-rakan yang lebih hebat dan berkemahiran tinggi membuatkan kami digeruni oleh sekolah-sekolah di daerah itu. Niatku hanya satu, iaitu untuk menambah ilmu dan kemahiran dalam bolasepak. Usaha kami sepasukan berbaloi pada tahun berkenaan apabila kami berjaya meraih tempat ketiga peringkat Daerah Larut Matang dan Selama. Rasa tidak berpuas hati tetap ada, kerana kami tewas di suku akhir kepada pasukan musuh tradisi kami iaitu, Sekolah Menengah King Edward setelah gagal dalam penentuan tendangan penalti.

Bercerita tentang pelajaran, sememangnya tiada perkara yang mudah di dalam dunia ini. Ketika itu terus terang aku katakan aku mengalami kejutan budaya yang melampau. Pertama, tentang silibus yang perlu aku pelajari. Boleh dikatakan ianya ‘heavy’ bagiku. Kesilapan aku pada ketika itu hanya satu, aku terlalu merendah diri dan menganggap aku tidak mampu mengikuti pelajaran di sini kerana aku hanya memperolehi 3 A dalam PMR. Aku tidak layak!. Mujurlah ianya tidak berlarutan sehingga ke akhir tahun pengajian ku. Terima kasih kepada kakak sulungku yang telah ‘brain wash’ aku secara total setahun sebelum SPM berlangsung. Aku mula memperoleh keyakinan diri disamping doa dan iltizam untuk ‘cover up’ apa yang telah aku abaikan sebelum ini.

Hasilnya, aku mendapat keputusan yang tidak lah teruk dan tidak lah baik sangat. 29 Agg. Memang aku jangka kerana aku telah mengabaikan satu subjek yang dianggap tidak penting dan yakin boleh mendapat sekurang-kurangnya A 2. Kalau subjek itu aku mendapat A 2, mungkin keputusan ku berubah menjadi pangkat 1, 24 agg. Subjek yang dimaksudkan adalah SEJARAH. Memang agak mengejutkan, kerana sebelum itu markah Sejarah aku adalah 70 dan ke atas. Malah dalam Percubaan SPM aku memperoleh A 2. Untuk SPM sebenar, aku memperoleh C7. Itulah akibatnya jika terlalu ‘over confident’. Sebaliknya yang aku sangka gagal iaitu B.I aku memperoleh C 6, masih Kredit lagi. Alhamdulillah, terima sahaja lah apa yang diberikan Allah. Pada aku, ianya berbaloi dengan apa yang telah aku usahakan sebelum ini. Amin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: