POTRET KEJAYAAN Bahagian 2

Zaman persekolahan adalah satu pengalaman yang paling sukar untuk dilupakan oleh sesiapa saja yang pernah ke sekolah. Pada aku mengakhiri zaman persekolahan memang menyeronokkan. Merdeka!! Kepada mereka yang merasakan sedemikian. Tapi hakikatnya tidak, kerana rencana kehidupan baru bermula. Hal ini pun baru sekarang aku terfikir, dulu hanya memikirkan keseronokan, ‘enjoy’ dan berangan-angan atau cita-cita.

Tamat sahaja persekolahan, aku mula memikirkan untuk berkerja sambilan sementara menunggu keputusan SPM diumumkan. Bermula dengan pengalaman aku yang pertama.

Aku dan dua orang rakan karib sekampung mengambil keputusan untuk memperjudikan nasib kami di Pulau Pinang. Kami bernasib baik kerana salah seorang daripada kami mempunyai saudara yang tinggal di sana. Jadi dia dengan ikhlas hati membenarkan kami untuk tinggal di rumahnya sementara kami mendapat kerja. Berbekalkan Sijil PMR kami menapak ke seluruh kawasan perindustrian di sekitar Bayan Lepas dengan harapan memperoleh peluang pekerjaan. Seminggu telah berlalu, namun usaha kami untuk mendapatkan perkerjaan masih gagal.

Setelah hampir dua minggu kami di sana, kami mengambil keputusan untuk mencuba nasib di Seberang Perai pula dan mujurlah abang kepada rakan sudi menyediakan peginapan di rumah sewa di Bukit Mertajam untuk kami. Memang ada rezeki kami di sana. Kami diterima untuk bekerja di sebuah stesen minyak sebagai ‘Pump Attendance’. Bermula episode baru dalam hidup aku yang mana aku mula terfikir teruk juga untuk mendapatkan sesuap nasi. Walaupun kerjanya tidak lah sesusah yang disangka namun ada perkara lain yang menguji kesabaran kami bertiga.

Sebagi pekerja baru yang tidak berpengalaman, kami hanya menjadi ‘Pak Turut’ dan menurut segala arahan yang diberikan tanpa banyak soal. Di dalam fikiran ku hanya satu, aku cuma ingin mencari pengalaman baru dan mencari rezeki dengan titik peluh ku sendiri. Masalah mula timbul setelah hamper sebulan lebih kami bekerja apabila kami dibayar gaji Cuma suku daripada gaji sepatutnya. Ini kerana gaji kami dipotong kerana dikatakan ‘shorting’ semasa kerja mengisi minyak. Mustahil, kerana setiap kali aku tersilap atau terlebih isi minyak pelanggan, aku akan catatkan dalam buku nota dan jumlahnya tidak sampai pun puluhan ringgit. Kami mula curiga. Aku mula menyiasat sebelum kami membuat keputusan untuk berhenti. Rupa-rupanya, kami adalah antara puluhan pekerja stesen minyak berkenaan yang teraniaya sebegitu. Menurut salah seorang otai di kawasan berkenaan sebagai berkata, setiap pekerja yang bekerja di situ, jika boleh bertahan sehingga 3 bulan, individu berkenaan memang penyabar dan tekun. Ini kerana setiap bulan atau setiap minggu atau setiap hari mereka akan menerima pekerja baru tanpa mengira latarbelakang.

Patutla… Rupa-rupanya anak kepada Pengurus Stesen Minyak berkenaan merangkap Supervisor kami adalah seorang penagih dadah. Patutlah tengok penampilannya tidak terurus. Kalau bab duit dia memang sensitif. Dipendekkan cerita, kami berhenti berkerja dan pulang ke kampung.

Susah sebenarnya untuk mencari sesuap nasi. Mula terfikir, betapa Mak dan Abah aku susah untuk membesarkan aku. Bukan aku seorang tapi kami tujuh beradik. Insaf aku dibuatnya. Rasa mahu melutut minta ampun kepada Mak Abah aku walaupun aku bukannya jahat sangat pun. Patutlah Mak Abah senang-senang bagi pelepasan untuk aku pergi mencari kerja. Rupa-rupanya ini tujuannya. Mungkin. Mungkin inilah resam dunia sebenarnya dan aku telah mempelajai sesuatu daripada apa telah aku lalui beberapa bulan yang lalu.

Setelah pulang ke kampung kami bertiga tidak lagi bersama seperti sebelumnya. Ini adalah perjanjian sebelum ini. Jika kami gagal di Pulau Pinang, pulang ke kampung dan masing-masing akan memikirkan haluan sendiri. Aku bernasib baik kerana dapat berkerja di sebuah kilang di Taiping. Setiap hari van kilang akan datang ke rumah untuk mengambil aku. Jodoh aku dengan kilang berkenaan tidak lama. Aku berhenti sekali lagi dan dapat diterima berkerja di Kilang sarung tangan di Kamunting. Ini lah tempat yang sesuai dengan jiwa aku. Aku bernekad, aku akan berkerja selagi aku tidak dapat tawaran Universiti atau perkerjaan yang lebih baik daripada ini. Kerja di kilang ini memang memenatkan, tetapi suasana yang harmoni dan mesra sesama perkerja membuatkan hati aku terpaut untuk berkerja lebih lama di sini.

Sehinggalah di suatu ketika, di mana aku mendapat surat tawaran temuduga untuk menjawat perjawatan awam yang tidak kurang hebat dan mencabarnya. Aku terus menerima tawaran berkenaan dan mengambil cuti selama dua minggu untuk menghadiri sesi temuduga berkenaan di Melaka. Persiapan fizikal dan mental penting untuk menjalani temuduga ini, di samping ilmu pengetahuan dalam bidang baru yang akan ku ceburi.

Alhamdulillah, berjaya mengharungi sesi temuduga dengan jayanya. Aku hanya berdoa agar aku dapat diterima untuk menjalani latihan dan kursus sebelum aku dapat menjawat jawatan berkenaan. Dari apa yang diceritakan oleh seorang sahabat telah berjaya sebelum ini, temuduga berkenaan mudah untuk dilepasi namun kursus/latihannya selepas ini amat mencabar dan harus dillalui dengan keyakinan serta ketabahan yang kental. Mulalah aku terfikir, mampukah aku laluinya jika aku terpilih??

2 Responses to “POTRET KEJAYAAN Bahagian 2”

  1. ni kisah lama la nie ye? mesti best temuduga perjawatan awam kau pegi kat Melaka tu, tul x? lain dari yg lain temuduga agensi awam.. haha..tak sangka pun camtu.. wahaha..

  2. syidi_black Says:

    La..skot bru lepas operation sempat lg online…aku saje je tukar jdi pjawatan awam..yg fham tu fham ler, kekekek..kasi lain skit…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: