HANTU!!! (Betul Ke Ada?)

Jika bercakap tentang hantu, semua kecut perut. ‘Ha!! Pergi la sana ada HANTU, takut!!. Itu lah ayat yang disogok kepada sebilang kita semasa kanak-kanak dulu.
Tapi betul ke ada hantu? Siapa tu hantu? Seumur hidup aku tidak pernah jumpa hantu. Sampai aku kaji sendiri apa itu hantu. Aku mengkaji dengan membaca buku-buku berkaitan kewujudan jin seperti yang firmankan Allah SWT di dalam Surah An-Nas. Selain itu, berdasarkan ceramah-ceramah di masjid/surau, radio dan tv yang membincangkan isu Jin dan Manusia.

Sebenarnya, hantu yang kita sebut-sebutkan dan ditakuti itulah JIN. Siapa Jin? Jin adalah makhluk Allah SWT yang dijadikan daripada api dan bersifat ghaib, bermakna, kita tidak dapat melihat Jin secara zahirnya. Cuma di akhirat kelak, kita dapat melihat Jin dan mereka pula tidak dapat melihat kita. Makanan Jin adalah tulang dan asap. Rupa Jin? Sememangnya Allah menjadikan Jin dalam rupa bentuk yang berbagai-bagai. Ada yang berbulu dan tinggi, kita panggil hantu raya. Ada yang kemetot botak, kita panggil toyol dan berbagai rupa lagi yang mengerikan. Sebab itulah Allah berfirman yang maksudnya (lebih kurang), MANUSIA ADALAH SEBAIK-BAIK KEJADIAN. Alhamdulillah, kita dilahirkan sebagai Manusia Khalifah paling agung di muka bumi.

Betul ke Jin boleh masuk ke dalam tubuh manusia? Menurut seorang ustaz, jin boleh menceroboh tubuh manusia dan mengawal tubuh melalui saluran darah manusia. Kenapa dia masuk? Selepas dimaklumkan oleh ustaz kenapa Jin boleh menerobos tubuh manusia, baru aku terfikir, ooo…Cuba kita berfikir sejenak. Contoh. Kita ada rumah mewah,
banglo. Di dalamnya memang ada harta bernilai. Macam-macam ada, perabot jati, mangkuk jamban emas dan macam lagi. Tapi banglo berkenaan tidak berpagar. Agak-agakla apa akan jadi? Sebulan, dua bulan ok lagi, sudah semestinya satu hari nanti akan ada perompak penyamun pencuri akan menceroboh masuk banglo berkenaan dengan senang hati kerana tidak ada halangan.

Jadi kesimpulannya, kenapa jin merasuki manusia/ mencerobohi manusia? Pertama, itu adalah syaitan. Kedua manusia berkenaan tiada pertahanan diri. Untuk pengetahuan semua, Jin yang baik atau kita panggil JIN ISLAM, tidak akan, aku ulangi tidak akan masuk ke tubuh manusia. Ini kerana Jin Islam sentiasa taat pada perintah Allah dan
beribadat setiap masa. Sebaliknya jin yang masuk ke dalam tubuh manusia yang kemudiannya disoal siasat oleh Ustaz/Imam mengaku dia Islam, jangan percaya, kerana spesis jin ini kuat menipu dan pandai berdrama swasta.

Percayalah, aku ada dengar soal jawab di radio IKIM yang hosnya adalah seorang Ustaz yang menyediakan perkhidmatan perubatan Islam di Desa Tasik. Ustaz berkenaan menegaskan, bahawa Jin yang masuk ke tubuh manusia adalah syaitan. Memang apabila disuruh mengucap dua kalimah syahadah, jin ini akan mengucap bukan setakat itu, malah jika disuruh mengaji mengalahkan Al-Hafiz. Ustaz itu pernah menyoal jin lebih kurang begini ayatnya, “Kenapa ko masuk ke tubuh hamba Allah ni?”, jawab jin,” Aku suka kan dia”, dan Aku Islam”, kemudian jin berkenaan mengucap dua kalimah syahadah. Ustaz bertanya lagi, “betul ke ko islam? Ko bukan Islam, apa hukumnya menceroboh rumah orang tanpa kebenaran tuannya? Apa yang Islam ajar?” Kalau ko Islam ko tk kan ceroboh manusia ini”. Setelah berdebat, akhirnya jin berkenaan akur dan mengaku dia bukan islam dan ustaz ini adalah satu-satunya Ustazz yang berjaya ‘mengantoikan’ dia. Menurut Jin berkenaan, sebelum ini ramai ustaz dan bomoh tertipu dengan
helahnya yang boleh mengucap dua kalimah syahadah dan membaca ayat suci Al Quran. Tetapi dengan Ustaz ini dia tewas dan kali pertama dia mengaku dia bukan islam. Akhirnya dia keluar dari tubuh manusia berkenaan dengan rela tanpa paksaan.

Kesimpulannya, Jin yang suka merasuk orang itu adalah syaitan@jahat. Oleh yang demikian, mantapkan pertahanan diri kita, dengan mengamalkan Al Quran. Bagaimana? Bukan kena bayar pun kalau kita baca Al Quran. Dalam Al Quran banyak mukjizat yang ada. Atas kemahuan diri kita. Hendak seribu daya, Kalau tak hendak sejuta dalih diberi. Nanti aku akan kongsikan ayat-ayat Al Quran yang boleh diamalkan dalam kehidupan agar jauh dari gangguan syaitan.

Sebab sebelum ini aku ada menonton ceramah Ustazah Fatma Az Zahra di Astro OASIS, ada menbincangkan tentang Jin dan Syaitan ni, tapi dah hujung rancangan dan tidak sempat menyalin tip-tip yang diberi untuk jauhi gangguan syaitan.

Aku berkongsi apa yang aku tahu. Untuk kepastian lanjut tentang jin dan syaitan tanyalah ustaz yang sesuai, jangan tersalah pilih ustaz palsu pulak…Selamat beramal

7 Responses to “HANTU!!! (Betul Ke Ada?)”

  1. PinkUngu82 Says:

    suke artikel ni..!terang-jelas-nyata.keep it up!

  2. aku pernah ada face-to-face encounter dengan makhluk tuhan paling seksi nie.. opss.. makhluk paling hodoh nie..aku nie takla fanatik sangat percaya hantu, walaupun arwah atuk aku pawang besar..yang aku percaya, makhluk ghaib nie memang ada.. semuanya adalah syaitan dan jin.. syaitan menyesatkan manusia dengan bisikan dan godaan dalam hati untuk memesongkan iman anak Adam. manakala jin menyesatkan manusia dengan cara kasar, menampakkan kewujudannya..membuatkan kita rasa takut pada mereka melebihi rasa takut kita pada Allah.. ini yang boleh menggelincirkan akidah kita secara tak nyata.. pada aku, hantu memang ada.. apa jenis pun semuanya tetap dari golongan jin dan iblis.pesan ayah aku kalau terserempak, niatkan dalam hati, ini cuma syaitan yang nak menakutkan dan mnyesatkan anak Adam.. kalau dia dah tau kita tau niat dia, maka diatak ada sebab nak kacau lagi sebab kita tak takutkan ia.bunyinya mudah, tapi kalau terjumpa memang ketar lutut.. cubalah.. insya allah berjaya.. petua paling senang dari aku.. sebab aku dah buat, tapi segalanya atas izin Allah jua..wallahualam

  3. syidi_black Says:

    Betul tu skot, pokok pangkalnya kita kena berani. Jangan Sesekali kita takut. Memang ada makhluk ni. Tapi Alhamdulillah, ko dah ada kekuatan diri. Sekurang-kurang tidak terpedaya dengan helah si jin/hantu/syaitan ni. Self defend kena ada bru syaitan apa jenis pun takut.aku selalu dinasihatkn, agar mengamalkan Al Quran..Jgn abaikn Al Quran..

  4. BETUL TU KAWAN-KAWAN.. AKU SETAKAT NI TAK PENAH LAGI LA JUMPA FACE TO FACE.. TAKAT KENE TINDIH TU BIASAK LA KAN.. TAPI KAN, AKU JUST AMALKAN PETUA DGN MEMBACA AYAT QURSI DGN AL FATIHAH, IBU KEPADA SEGALA SURAH.. ALHAMDULILAH SELAMAT.. KALAU KO ADA ANAK KECIK YG SUKA MENANGIS TGH MALAM PUN KO BOLEH BACA PELAN2 KAT TELINGA DIA.. KALU IKUT DOKTOR MAYBE DIA SAKIT PERUT, TAPI KITA PUN KENE GAK PERCAYA CAKAP ORANG TUA2.. TAKUT2 ADA MAKHLUK HALUS YG KACAU DIA..SO, MASE ANAK AKU UMUR 2 BULAN MMG SELALU LA DIA NANGIS MALAM, AKU PUN AMALKAN LA DGN BACA AYAT AL FATIHAH, QURSI DGN 4 QUL.. ALHAMDULILAH PASTU DIA TERUS SENYAP.. LAGI SATU PETUA, KALU KORANG BALIK KEJE DAH MALAM, JGN LA KO DUK TEGUR2 BUDAK KECIK TU, KALU BOLEH, TERUS MANDI, SALIN BAJU PASTU SEMAYANG.. INSYAALLAH SELAMAT.. SELAMAT MENCUBA.. ADIOS

  5. alahai mappiau..kau kene tindih ke, kau tindih orang? kah kah kah…

  6. syidi_black Says:

    Betul tu skot…org kiter skrg ni kdg2 tk nak ikut petua orang2 tua ni, kolot katanya. Kena amal jugak apa yg patut tu..apa yg mapiau ckap btul..Baby ni sensitif skit..kalu bleh elakkan blik lewat2 mlm tkut benda tu ikut..kalu blik lewat tu..relak dlu kt luar sebelum msuk umah selawat 3 kali pusing blakang hembus..itu petua org tua2 gak tu..

  7. aku nak mintak petua dangan enc.mappiau.. petua nak tindih orang ada tak? kah kah.. //saja je kutuk mappiau…best pren xkan nak marah kot!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: