JALAN-JALAN CARI MAKAN!!!!

Minggu lepas aku meluangkan masa dengan keluarga aku untuk pergi ke Cameron Highland. Sebenarnya tiada dalam perancangan pun. Kebetulan, ada kenduri kahwin sahabat seperjuangan aku di Gopeng. Alang-alang sudah sampai ke situ terus bagi signal panjat Cameron Highland.

Fuh!!! Pening jugak aku dibuatnya. Walau pun itu bukan pertama kali aku ke sana, tapi rasa jauh hendak sampai ke puncak. Bukan setakat anak isteri terlentok, termasuk dengan aku sekali nak pitam dibuatnya. (Kurang PT). Gasak Deme la kata orang Perak. Yang penting aku berjaya membuat keluarga aku gembira, terutama anak sulung aku. Asyik terperap di rumah ala sarang merpati setiap hari, kesian pulak aku tengok. Sekurang-kurangnya ada riadah untuk mereka dan aku sekali.

Ikut sejarah lisan yang aku dengar. Cameron Highland bukan sengaja ada di situ. Tapi ada tujuan nya suatu ketika dahulu. Difahamkan, dahulunya ketika sebelum merdeka, masa British berkuasa, mereke ni lah yang jadikan Tanah tinggi tu sebagai tempat untuk tanam pokok teh. Sememangnya orang British suka minum teh. Oleh itu, mereka mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan hub pengeluar teh untuk mereka ketika itu. Lama kelamaan, tempat itu semakin hari semakin membangun kesan daripada perusahaan teh. Sedikit demi sedikit bukit diteroka untuk tanaman itu. Akhirnya, dikomersialkan dan dijadikan kawasan perlancongan yang glamor.

Aku tidak sempat mengkaji tempat-tempat sejarah di sana. Aku rasa ada peninggalan sejarah yang membuktikan fakta yang aku terangkan di atas. Secara fizikalnya pun, kita boleh tengok, contohnya rekaan bangunan ala-ala barat banyak terdapat di sana. Bukan setakat tu je, difahamkan orang menetap di sana juga tidak suka mandi pagi sebab sejuk. hehehe. Jangan marah orang Tanah Tinggi ye..Mungkin la. Tapi tidak kot. Sebab sekarang dunia dah maju, ada heater.

Tentang sahabat aku yang bersanding tu, dia sekarang kerja di Gemas. Dia banyak berjasa pada aku. Jadi, kerana ini adalah hari bahagia dia, aku tak mahu lepaskan peluang untuk memeriahkan suasana seperti yang dia buat pada hari perkahwinan aku dulu. Dia bertemu jodoh dengan Gadis Senggarang. Alhamdulillah. Aku mendoakan agar dia bahagia sampai ke akhir hayat.
Untuk kawan-kawan yang baca cerita ni, pergilah melancong. Pada aku Malaysia best giler, macam-macam ada. Pendek kata segalanya ada. Mungkin selepas ini aku akan ke Johor. Tapi tak tahu bila.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: