EPISOD DUKA DARI HOSPITAL SELAYANG

Kira-kira jam 0030 awal pagi Khamis yang lalu, aku terpaksa mengejarkan anak sulung aku Muhammad Aidil Hakim ke Hospital Selayang, yakni hospital yang paling hampir dengan kediaman aku. Ini kerana, badan Aidil panas dan mengadu sukar bernafas. Malah tidurnya juga kerap terganggu dan menangis.

Segalanya bermula sehari yang lepas setelah dia demam panas diikuti dengan ‘lelah’ dan aku telah pun membawanya ke klinik swasta dan RSAT. Namun begitu segalanya nampak tidak menjadi. Ubat yang dikatakan terbaik pun tidak dapat mengubah keadaan anak sulung ku itu. Malah ianya bertambah teruk. Sehinggalah aku membawanya ke hospital.

Untuk mendapat rawatan di Hospital Selayang ni, aku terpaksa meriba anak aku di ruang menunggu unit kecemasan dari kira-kira jam 0045 hingga 0330. Kira sendiri la berapa jam? Kesian Aidil. Tapi itu semua aku anggap biasa kerana ada pesakit lain yang lagi kritikal dan memerlukan rawatan segera. Macam-macam kes. Ada yang kemalangan, ada yang jatuh pengsan sebab tergelincir tangga, dan macam-macam lagi. Adat hospital. Setelah itu barulah anak aku diperiksa oleh seorang doktor perempuan. Pemeriksaan yang ringkas dan padat. Anak aku seterusnya di ‘x-ray’ dibahagian dada dan didapati paru-parunya terkena jangkitan kuman. Pada mulanya, aku tengok doktor ‘remark’ suspek ‘pnumenia’ atau radang-radang paru-paru, tapi aku tidak pasti sama ada ianya sama dengan jangkitan kuman?

Selepas mendapat keputusan daripada doktor berkenaan, aku dimaklumkan bahawa anak aku terpaksa di masukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan lanjut. Sehingga kini, anak aku masih di hospital dan artikel ini ditaip sebelah katil anak aku. Kesian dia..Tapi ini hari ketiga, dia dah semakin baik. Aku sentiasa berdoa agar anak aku sihat seperti sebelumnya. Aku sanggup korbankan apa sahaja demi anak dan keluarga aku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: