TRAGEDI BUKIT ANTARABANGSA

Allahuakbar!! Takziah aku ucapkan kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi yang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia.

Aku sebagai orang Islam menerima ianya sebagai kifarah kepada kita semua umat islam di Malaysia. Tragedi demi tragedi kita harungi. Memang benar, tidak kena pada batang hidung aku. Tapi aku pun orang Malaysia, tambahan pula aku muslim, setiap muslim bersaudara, jadi, cubit paha kiri paha kanan yang lebam.

Apa yang aku faham tentang kifarah? Dulu, Tsunami juga kifarah sebenarnya. Ianya boleh mengajar kita sesuatu yang positif. Kifarah juga yang aku belajar dulu ianya juga difahami sebagai balasan.(Betulkan Aku kalau tersalah). Banyak sumber-sumber yang mengaitkan kejadian tsunami dengan balasan dan peringatan untuk manusia dari Allah. Terang, jelas dan nyata. Tidak mustahil, selepas ini negara kita akan menerima banyak lagi bencana? Wallahuaklam. Aku tidak berani menjangka perkara-perkara macam ni. Aku takut sebenarnya. Dunia sekarang sudah semakin tua. Pelbagai perkara yang diluar jangkaan kita telah banyak berlaku. Tidak perlulah aku huraikan satu persatu. Aku bagi contoh satu. MAKSIAT. Semua faham maksiat. Sebut maksiat, orang akan kaitkan dengan ‘beromen’ dan berkhalwat. Maksiat ni luas maksudnya. Yang aku faham segala perbuatan yang salah dan berdosa itu adalah maksiat. Khalwat, berdua-duaan lelaki dan perempuan bukan muhrim, berjudi dan sebagainya juga tergolong dalam maksiat. Panjang lagilah huraian maksiat. Tak pandai aku nak hurai.

Sebut tentang maksiat tadi. Orang sekarang sudah berani buat maksiat terang-terangan. Lupa bahawa Allah setiap masa melihat perilaku kita. Nauzubillah. Jauhkan aku, sahabat, keluarga serta muslimin muslimat dari perkara terkutuk ini. Jadi tidak hairanlah bencana menimpa sebagai amaran untuk menginsafkan kita. Aku berkata begitu kerana aku yakin, setiap yang berlaku di dunia ini ada sebabnya. Atau dalam kata lain ‘asbab’. Contoh mudah. Adakah ubat menyembuhkan penyakit? Jika ubat menyembuhkan penyakit bermakna ubat ini lebih berkuasa? Betul? Sebenarnya, yang menyembuhkan penyakit adalah Allah SWT. Ubat itu adalah sebagai ASBAB nya sahaja. Kita makan ubat dan bertawakal kepada Allah, insya Allah, sembuhlah sakit itu.

Sama juga dengan kejadian tanah runtuh. Kenapa tanah runtuh? ‘ASBAB nya’, berpunca daripada kegagalan pembentung, longkang dan sebagainya yang mengakibatkan pergerakan tanah dan terjadilah tanah runtuh. Memang lojik. Allah Maha Berkuasa. Segalanya DIA boleh lakukan. Hanya kita yang berbagai-bagai. Tuduh-menuduh mana-mana pihak, salahkan si pulan ini dan itu. Lebih senang jika kita berfikiran positif, itu balasan terhadap dosa kita yang lalu, bukan orang yang ditimpa bencana sahaja, malah kita semua. Bencana tidak semestinya menimpa orang yang buat dosa, tapi ianya akan menimpa sesiapa sahaja disekelilingnya. Selepas itu, barulah kita ambil perkara yang melibatkan teknikal punca kejadian berkenaan, berpandukan kajian sains dan sebagainya.

Berikutan kejadian di Bukit Antarabangsa, teringat aku kejadian di kawasan bersebelahan iaitu Highland Tower kira-kira 16 tahun lalu. Dari apa yang aku dapati daripada kawan-kawan yang pernah ke situ, kawasan Highland Tower berkenaan merupakan kawasan ‘bebas’, jangan salah faham, bukan ‘bebas cukai’ tapi bebas bermaksiat. Ada seorang rakan aku yang umurnya 10 tahun lebih tua daripada aku menceritakan pengalamannya ke Highland Tower sebelum kejadian berkenaan. Kawasan berkenaan juga dikenali sebagai kawasan ‘Show Free’, tak perlula aku huraikan. Bersepah-sepah ‘show’ tanpa mempedulikan orang lalu lalang.

Malas nak cerita panjang lebar bab tu, sakit hati aku. Moralnya, jagalah diri masing-masing. Ingat, orang lain ada hak untuk tegur perbuatan kita tambahan pula kita ni Muslim, bersaudara. Jangan dimarah jika ditegur. Keringkan hati dan fikirkan kembali kesalahan kita. Ini penting sebab kalau kita buat dosa/maksiat, orang lain pun akan terima akibatnya. INGAT. AKU sekali INGAT. Kawan-kawan semua, INGATKAN AKU kalau aku buat silap.

Harapan semoga kejadian di Bukit Antarabangsa ini memberi kita pengajaran bukan sahaja dari segi geologi tapi dari segi kerohanian yang mengingatkan kita kepada kekuasaan ALLAH.

Maafkan aku kalau ada ayat yang tersilap. Betulkan aku kalau aku tersalah. Aku cuma mengingatkan diri aku dan kalau ada orang lain ambil apa yang aku sampaikan, terima kasih, aku sampaikan apa yang rasa penting untuk kita semua muslimin dan muslimat.

AL FATIHAH UNTUK MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG TERKORBAN DALAM KEJADIAN DI BUKIT ANTARABANGSA…

Foto adalah Sumber: The Star Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: