Perhimpunan Keluarga AKU

Alhamdulillah..Syukur kehadrat Allah SWT, kerana dengan limpah kurniaNya anak sulungku Muhammad Aidil Hakim semakin sihat. Dia dibenarkan pulang kira-kira jam 1200 dikala umat islam sibuk mengerjakan ibadah Qurban. Syukran Jaziilan.

Namun begitu, dia belum sembuh seratus peratus. Satu temujanji dengan Doktor telah diaturkan oleh pihak hospital seminggu dari sekarang. Ini kerana, doktor akan memeriksa kesihatannya sekali lagi bagi memastikan dia benar-benar pulih. Dia kini telah disahkan sebagai ‘suspect asthma’, tetapi masih dalam pemantauan. Walau apapun, aku bersyukur dapat melihat anak aku kembali cergas dan dapatlah dia melepaskan rindunya kepada basikalnya, kapal terbang dan segala ‘toys’ yang ada di rumah.

Sebelah petangnya, aku sekeluarga bergegas pulang ke kampung halaman ku di Perak yang mengambil masa lebih kurang tiga jam perjalanan dari Kuala Lumpur. Alhamdulillah, sebelum surau bersebelahan rumah aku melaungkan azan Isyak, aku telah sampai dengan selamatnya dalam keadaan cuaca hujan renyai. Untuk pertama kalinya, aku disambut oleh ketujuh-tujuh ahli keluargaku berserta ipar duai ku. Sebelum ini, kami amat sukar untuk berkumpul kerana jarang mendapat cuti serentak.

Kepulangan aku tidak sia-sia kerana dapat berkumpul sambil meraikan harijadi kakak dan anak saudara aku. Disamping itu, ada sedikit bacaan doa selamat ringkas untuk memberkati majlis. Makanan memang banyak. Semua mengikut perancangan sebelum ini. Antara yang menjadi ‘killer menu’ adalah ayam panggang dan satay. Sedap sangat! Tambahan pula ianya disediakan oleh Chef Casuarina Hotel Ipoh, merangkap abang ipar aku. Pandai kakak aku cari Suami. Itulah jodoh namanya. Allah tentukan. Dia memang chef. Semua masakan dia pandai. Sebut saja apa jenis makanan semua dia boleh buat. Roti canai, kari dal, ayam berlada, apam balik dan macam-macam lagi. Tapi jangan ingat dia chef dan lembut macam Chef Wan. Sori beb, dia ni lain sikit, ganazzz..

Walau apapun hidangan dan menunya itu bagi aku tidak penting. Apa yang penting aku dapat lihat riak wajah Mak Abah aku mereka memang menjadi orang yang paling gembira. Biarpun cucu panjat belakang ‘tungging buyung’, tak dimarahnya. yang paling penting, matlamat utama kami menganjurkan majlis ini berjaya. Semua dilihat gembira. Ditambah lagi dengan kehadiran mak bapak saudara aku serta keluarganya, memang meriah. Maklumlah, jarang-jarang sekali berjumpa. Dulu kalau dengan sepupu aku macam anjing dengan kucing, kadang-kadang macam aur dengan tebing, entah lah, tapi itu dulu sekarang masing-masing sudah dewasa, lucu pulak terkenang kisah lama.


Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada keluarga aku dan jauhkan kami dari segala bencana dan kedukaan. Murahkan rezeki, kurniakan kesihatan yang kepada kedua ibubapa kami dan berikan kekuatan kepada mereka untuk terus hidup serta beribadat kepadaMu Ya ALLAH RABBUL IZZATII…AMIN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: