POTRET KEJAYAAN (Siri AKhir)

Kali ni aku nak sambung cerita pengalaman aku yang lalu..

Hari yang ku nanti telah tiba. Setelah membuat persiapan yang sewajarnya, aku memulakan perjalanan yang agak jauh. Sebelum ini, aku tidak pernah merantau sejauh ini. Lokasi temuduga yang aku tujui terletak di Melaka. Hanya doa dan harapan mak abah yang aku bawa selain beg yang tidaklah berapa besar. Perjalanan menaiki bas dari Taiping ke Melaka mengambil masa lebih kurang 6 jam.

Sebelum azan subuh berkumandang, aku sudah terpacak di stesen bas Melaka. Ketika itu, Melaka Sentral belum ada lagi. Aku bernasib baik, kerana rupa-rupanya bukan aku seorang sahaja yang akan menghadiri temuduga berkenaan, malah ada 5 ke 6 orang lagi yang turut datang ke Melaka untuk tujuan berkenaan. Setelah selesai solat subuh di surau stesen bas berkenaan, aku bersama rakan yang baru dikenali tadi pergi bersarapan di kedai makan yang berhampiran. Selepas sarapan, muncul kenderaan yang akan membawa kami ke tempat temuduga seperti yang dijelaskan di dalam surat panggilan.

Setelah semua yang terlibat menaiki kenderaan berkenaan, kami mula bergerak ke tempat berkenaan yang ketika itu aku tidak pasti di mana. Seingat aku, tiba-tiba aku sampai ke tempat yang agak asing bagi aku. Suasana kehijau-hijuan, sunyi dan kadang kala kedengaran suara terjerit-jerit (suara semangat bukan gila).Sebaik sampai ke destinasi, aku dan yang lain disambut oleh beberapa orang staf yang seterusnya memberi taklimat ringkas tentang apa yang akan berlaku sebelum diberikan penginapan dan sajian.

Keesokan paginya, bermulalah sesi temuduga yang agak mencabar. Mujurlah aku telah membuat persiapan sebelum ini, kerana ujiannya merangkumi fizikal dan mental. Akan tetapi, keupayaan fizikal menjadi teras utama untuk terpilih kerana kerjaya ini memerlukan fizikal yang mantap. Hari berganti hari dan Alhamdulillah, aku berjaya melaluinya. Maklumat awal yang aku terima, hanya beberapa orang sahaja yang kandas dan selebihnya berjaya termasuk aku.

Selepas hampir 3-4 hari temuduga berkenaan, aku pulang ke kampung dan yakin akan dipanggil untuk menjalani latihan/kursus sebelum aku dapat menjawat jawatan awam berkenaan. Setelah hampir 2-3 bulan selepas itu, aku menerima surat panggilan untuk menjalani kursus selama setahun setengah di Johor. Syukur, gembira tidak terkata. Aku berjanji kepada diri aku akan melakukannya dengan bersungguh. Tidak kira apa pun yang terjadi, selagi nyawa dikandung badan aku tidak akan mengalah.

Kali ini memang benar-benar episod baru hidup aku bermula. Kursus yang aku maksudkan bukanlah calang-calang kursus. Dengar cerita sudah ramai yang tarik diri semasa menghadirinya. Namun itu bukan alasan untuk aku berundur. Aku mulakan langkah yang yakin dan tidak sesekali aku toleh kembali ke belakang.

Hari berganti hari minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, akhirnya aku dan 126 rakan aku berjaya mengharungi penat jerih kursus berkenaan. Terlalu banyak pengalaman untuk aku ceritakan. Sesiapa yang berkenaan tahu kisah yang panjang ini. Apa yang aku rasakan adalah, seperti kelahiran semula. Aku yang dulunya Mat Kilang, sekarang sudah berubah watak. Semakin yakin dan penampilan semakin menarik.

Aku pendekkan cerita, itulah kerjaya yang juga periuk nasi aku kini. Siapa yang tau tu, tau lah kan? Faham-fahamlah sendiri kerjanya apa. Memang benar kata pepatah, ‘bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian’. Tiada perkara yang mudah di dunia ini. Itu lumrah hidup. Jika dapat kesenangan tanpa susah, itu rezeki namanya syukur jangan syukur. Tidak kira apa pun yang kita buat atau pekerjaan kita, yang penting ikhlas dan jujur. Jangan ‘cincai’ atau ‘wayang’. Tak baik. Memang senang hidup tapi tunggulah balasan Allah. Mintak simpang…

Demikianlah serba sedikit kisah hidup aku serba sedikit untuk aku kongsikan. Bukan apa, kenangan kalau dikenang memang syahdu syahdan, baru aku sedar, aku bukanlah bagus sangat pun dulu. Sentiasa ingat asal usul aku. Budak Kampung yang dulu tau selok belok kampung aku saja, dan sekarang, sudah hampir satu semenanjung aku jelajah walau pun seminit aku pergi ke tempat berkenaan. Rezeki Allah. Alhamdulillah kerana dikurniakan keupayaan untuk aku jadi seperti sekarang. Allahu akbar!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: