SUARA ALAM….

Alam..
Tiada tangis tiada duka
Tiada pilu tiada pedih meluka
Tiada cela celupar alpa…

Bayu girang menyapa alam
tiada apa dapat menghalang
Melainkan makhluk yang kejam
Mencela alam bayu terhalang

Itu kisah lampau…

Kini..
Jika alam dapat berkalam
Lagu sendu irama bernada
meluah isi pedih terpalam
Dek manusia yang belas tiada

Alam rindukan cinta kembali
Rindukan kekasih setia menanti
Kicau unggas tiada lagi
Bayu mewangi kini menyepi

Manusia ibarat musuh durjana
Alam dilapah belas tiada
Darat laut tiada beza
Tamakkan indah alam terseksa

Hukum Allah fitrah azali
Ditentang nanti merana diri
Siap manusia dibalas pasti
Menyesal tidak berguna lagi

Wahai insan bergelar khalifah
Lunaskan janji yang telah dipatri
Jika tidak undang musibah
Usah disangkal kuasa Illahi

Pujuklah diri kasihi semesta
Yang telah tercela kerana dusta
Jadilah INSAN bukan boneka
Sentiasa beriman setiap ketika

Sedari alam menangis sendiri
Pilu mengenang cinta terhalang
Kembalikan kekasih lama menyepi
Takutkan KITA yang mencipta malang

Bisa diTANGAN ibarat sengat
Apa dilatam semuanya musnah
Telinga mendengar mata melihat
Impian alam semuanya musnah

Sedarilah…
Dunia semakin tua
Dunia akan binasa
Dunia semakin terseksa

Cintailah Alam yang kasih
Nafsu diturut kitakan karam
Lihat kini alam merintih
Musnah kerana kita yang kejam

Fikir-fikirkan…..

By SyiDi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: