KLUANG MENJERIT!!!!

Cuti tahun baru aku ambik cuti sampai ahad sebab nak jenguk rumah aku di Bandar Tenggara Kulai Johor. Jadi untuk memudahkan urusan aku, aku singgah Kluang dan tumpang di rumah sahabat aku. Baru tak sampai setahun tinggalkan Kluang dah bermacam pembaharuan yang aku dapati. Contohnya, dulu hanya ada Kluang Parade. Tapi sekarang Kluang Mall muncul untuk mengabihkan duit masyarakat setempat, hehehe..Masa aku tinggalkan Kluang dulu baru pasang cerucuk. Cepat betul diorang buat kerja. Banyak lagi lah perubahan..(pada hal tak banyak pun).

Ada satu lagi. Aku cuba nak hebahkan satu kedai makan ni. Memang sedap masakan dia. Kedainya terletak kalau dari Gaint Taman Intan ikut jalan besar ke Air Hitam lepas lampu isyarat kat Proton edar tu tengok belah kiri sebelah kedai tayar Silverstone. Di situlah lokasi kedainya, QM CORNER. Best giler..sebab isteri kepada aku punyer sahabat di tempat kerja dulu. Baru menceburkan diri, jadi elok diberikan sokongan untuk kaum melayu kita. Awek memang cun. Pergi je, anda akan dilayan sebaiknya, hehehe..

Ikut suke koranglah nak pergi ke tidak, tapi aku dah rasa nasi gorang sama tom yam sup dan sebagainya, memang kelas..

Seterusnya aku menjelajah ke rumah aku di Bandar Tenggara. Untuk buat urusan bekalan air dan TNB, aku ke Kulai. Setelah itu, aku berkeputusan untuk melencong masuk ke kampung halaman Mawi, hehehe…kebetulan je sebab dah nak masuk waktu sembahyang Jumaat terpaksa singgah ke masjid terdekat. Tak de apa sangat pun, cuma sedap mata memandang berbanding dulu. Dulu aku dah pernah sampai Felda Taib Andak, tapi masa tu mawi masih budak kampung sejati. Tapi semenjak Mawi menang AF kampung dia pun jadi semakin cantik. Maklumlah kampung Raja SMS.

Bukan setakat tu saja, banyak lagi tempat aku jelajah makan angin dengan family aku memang best walau pun letih. Jadi pergilah merayau di Malaysia..Malaysia Best!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: