Happy Birthday My Son..

10 Jan 2009, genaplah 2 tahun usia anak sulung aku Muhammad Aidil Hakim. Jadi sebagai meraikan ulangtahun kelahirannya, aku bawa dia dan family aku ke Nilai untuk jalan-jalan cari makan. Hehehe.Sebenarnya aku belikan dia hadiah yang dia idamkan selama ini. Bukan apa, asyik naik basikal yang ada pengayuh yang tak pernah dikayuh je, kali ni belikan motorsikal mainan elektrik. Harap bolehlah bertahan untuk adik dia pulak nanti, hehehe. Sebabnya, anak aku ni rajin. Memang rajin. Asal benda boleh tanggal, semua dia akan tanggalkan. Tak boleh pasang balik dia campakkan ke dinding. Lebohh..Adehhh..

Normal..Tabiat budak sedang membesar, penuh dengan sifat ingin tahu. Balik daripada Nilai, aku, isteri dan adik bongsu buat sambutan berupa acara potong kek. Bukan apa, aku nak anak aku dihargai. Sebabnya, dia dapat adik dikala dia masih memerlukan kasih umi dia, mungkin dia rasa cemburu dan sebagainya. Tapi kasih sayang memang tidak berbelah bagi sebenarnya. Dia sayangkan adik dia. Kalau adik dia menangis, dia suapkan puting dan henjutkan buaian. Aku dan isteri tidak pernah ajar pun. Mungkin semlajadi untuk anak sulung, memang otomatik disematkan sifat tanggungjawab untuk dia sebagai anak sulung. Selama ini memang aku banyak ajar dia berdikari. Jika dia tak boleh sangat buat sesuatu baru aku bantu. Tapi kebanyakannya semua perkara dia akan cuba lakukan sendiri.

Aku bersyukur kerana diberi rezeki untuk bernikah dan dapat zuriat cepat, kerana ianya banyak mengajar aku. Antaranya, tanggungjawab, sabar dan yakin. Kerenah anak bukan calang-calang dugaan sebenarnya. Ianya menduga kesabaran kita. Baru aku faham kenapa ada kes penderaan kanak-kanak. Ianya berpunca daripada kurang sabar yang berpunca daripada kurangnya ilmu di dada. Paling penting berfkiran positif.

Walau apa pun Salam Ulangtahun Ke 2 untuk Anak Sulung aku dan Abah berjanji akan buat yang terbaik untuk Aidil. Insya Allah..

One Response to “Happy Birthday My Son..”

  1. Although we have differences in culture, but do not want is that this view is the same and I like that!age of conan power leveling

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: