MESIR BUKA LALUAN UNTUK ISRAEL??

Aku ada sembang@chat dengan seorang pelajar Malaysia di Mesir tempohari. Pada mulanya aku tidak pasti siapa dia dan bagaimana dia mendapat email aku. Rupa-rupanya dia adalah salah seorang moderator untuk website Persekutuan Melayu Republik Mesir, yang pernah aku layari beberapa hari yang lalu.

Jadi setelah itu, aku menceritakan kepada dia bahawa di Malaysia kerajaan membenarkan IPTA untuk mengadakan demontrasi bantahan terhadap keganasan Israel. Selain itu, rakyat Malaysia bagaikan menggila mengadakan bantahan di sana sini, menunjukkan betapa prihatinnya rakyat Islam di sini. Ada sampai menitiskan air mata mengenang nasib saudara di sana.
Namun begitu, saudara yang baru kukenali ini menyatakan bahawa di Mesir, diharamkan mengadakan sebarang demontrasi, dan jika ada akan ditangkap oleh pihak polis Mesir. Corak Kerajaan di sana amat berbeza dengan Malaysia. Di Mesir segalanya terbatas walaupun negara berkenaan adalah negara Islam namun, tidak seperti yang diharapkan. Dia menyuarakan kekesalannya yang sentiasa berusaha untuk mengadakan bantahan terhadap Israel.
Kesimpulan yang aku dapat buat adalah, kita tidak seharusnya mempertikaikan kerajaan kita secara melulu. Bersyukurlah dengan negara yang aman damai walaupun hidup dalam suasana yang berbilang bangsa. Alhamdulillah. Mesir dikhabarkan telah memberi laluan kepada Israel read more

Bersyukurlah negara kita punyai pemimpin Islam yang masih waras dan prihatin dengan suara rakyat. Berdoalah agar negara kita terus aman dan berilah kekuatan untuk saudara se islam kita di Palestine meneruskan perjuangan mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: