SUSAH ATAU BAHAGIA? SENANG ATAU SENGSARA? pilih pilih….

Kira-kira setahun yang lalu, aku runsing apabila mendapat maklumat yang aku akan ditukarkan ke Kuala Lumpur. Biasalah kerja macam ni kena ikut arahan.

Apabila tiba masanya, aku berkeputusan untuk pergi seorang diri untuk mencari kediaman yang sesuai terlebih dahulu sebelum membawa anak isteri aku bersama. Susah memang susah. Kadang-kadang tu aku melaut, benci, putus asa dan macam-macam lagi rasa yang negatif. Biasalah, benda-benda negatif ni senang sangat melekat dalam hati manusia ni. Sehinggalah di suatu hari, aku meredah (dengan kereta laHH) masuk ke kampung di pinggir Kuala Lumpur bersempadan dengan Selangor. Tup tup..dapatlah rumah untuk disewa, berupa kondominium murah. Tanpa bertanya bagaimana rupa rumah dan tingkat berapa, aku terus bersetuju. Namun, apabila tuan rumah berkenaan bawa aku untuk melihat keadaan rumah berkenaan aku terkejut beruk! Makkk Oiii!!! Tingkat 12 daripada 18! Rendahnya!!!

Sebab dulu masa di Kluang aku menyewa rumah teres satu tingkat. Memang aku tidak pernah terfikir untuk tinggal di rumah ala sarang merpati ni. Hentam sajalah janji ada. Mula-mula memang teruk. Sekali balik kampung@shopping@bawa barang keluar rumah dalam kuantiti yang banyak, memang perit siott! Kadang-kadang menyesal. Tapi disebabkan kedudukannya yang strategik dengan tempat kerja aku dan isteri, jadi aku mempunyai alasan yang kuat terus tercongok di sini.
Tinggi tak? Gayat Siot!

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, orang tua-tua dah cakap, Alah Bisa Tegal Biasa..Memang betul, lama kelamaan aku jadi biasa. Segala meluat menjadi suka.

Sehingga di suatu hari. Tatkala aku pulang dari kerja dalam keadaan basah kuyup aku masuk ke lobby untuk ke lif. Namun begitu, aku dihalang oleh berpuluh-puluh jiran aku yang menanti untuk naik lif yang dihentikan operasinya buat seketika. Ini kerana, untuk memberi laluan untuk Kementerian Kesihatan sembur asap halau nyamuk. Sehari sebelumnya, 6 orang jiran aku dimasukkan ke hospital akibat denggi yang mana salah seorang daripadanya telah pun meninggal dunia. Kesemua mangsa denggi kebanyakan yang tinggal ditingkat 1-6 sahaja.
Memang benar, baru aku sedar, memang dalam rumah aku mana ada nyamuk..Alhamdulillah. Berkat kesabaran aku, rupa-rupanya ada hikmat disebalik kesusahan itu.
Perghh..Nampak KLCC tu..hehehe malam lagi cantik..

Mulai dari hari berkenaan, aku menjadi bertambah bersemangat dan gembira tinggal di sini. Biarlah susah. Tak mati pun. Ingatlah, senang belum tentu selamat. Biar susah asal bahagia. Banyak yang aku belajar sejak dok KL ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: