PENGALAMAN CINTA? – Itu bukan Aku hehe – yeke?

Sudah lama aku tidak mengarang cerita. Walaupun aku bukan pujangga tapi aku cuba kongsikan kisah percintaan kali ini dengan semua yang sudi masuk ke Laman Kehidupan aku ni.


Ini adalah kisah yang benar-benar berlaku dan diceritakan oleh seorang sahabat akrab yang aku kenali sebagai Is (bukan nama sebenar). Is seorang yang sederhana dan tidak lah hensem sangat pun (dia yang mengaku sendiri). Is mengenali seorang gadis , Ros (bukan nama sebenar) sejak kira-kira 12 tahun yang lalu, yang mana ketika itu dia masih lagi dibangku sekolah. Biasa lah, budak lagi masa tu. Perasaan ingin berkawan dengan gadis idaman membuak-buak dan dia cuba mengawal perasaannya agar tidak terkantoi oleh mana-mana pihak.


Sehinggalah Is bertukar ke Sekolah Teknik dan rasa sayu meninggalkan gadis idamannya itu. Dia berkeputusan untuk luahkan rasa ’cinta monyet’ nya kepada Ros (bukan nama sebenar). Tidak disangka sama sekali, dia tidak bertepuk sebelah tangan, Ros juga rasa apa yang dirasa. Mereka tidaklah terlalu gila nak bercinta sampai melampaui batas-batas agama, sebaliknya, masing-masing ’cover line’ dengan baik sekali dan hanya rakan-rakan karib sahaja yang mengetahuinya.

Setelah berpindah ke Sekolah Teknik, Is dan Ros menjadi semakin akrab biarpun jauh dipandangan mata. Is selalu menghubungi Ros melalui telefon dan kadang-kadang saling mengutus surat.


Setelah tamat persekolahan 2 tahun selepas itu, masing-masing dengan haluan masing-masing. Tetapi masih berhubungan demi memelihara hubungan yang telah lama terjalin. Apa yang menariknya mereka jarang keluar bersama tapi tetap utuh hubungan mereka. Sehinggalah Is mendapat tawaran bekerja di selatan tanahair dan ketika itu banyak cabaran yang mendatang. Ros redha dengan apa yang berlaku. Biarlah jauh di mata namun dekat dihati. Macam biasa, mereka tetap berhubung melalui telefon dan berutus surat. Ini bukan lagi cinta monyet sebaliknya, ia menjadi cinta yang tulus dari hati.


Hubungan mereka semakin akrab dan saling menyayangi antara satu sama lain. Is bernekad untuk menyunting Ros sebagai suri dalam hidupnya nanti. Namun begitu, Ros berpendapat biarlah dia selesaikan impiannya terlebih dahulu iaitu melanjutkan pelajaran ke Universiti dan membantu keluarga kemudian barulah difikirkan untuk berumahtangga. OK..Is setuju. Ros akhir dapat melanjutkan pelajaran di sebuah kolej juga di selatan tanah air. Maka makin intimlah hubungan mereka. Boleh dikatakan setiap minggu Is akan ke tempat untuk melepaskan rindunya.


Sememangnya kita mengharap panas hingga ke petang rupanya tidak. Sejak Is dan Ros sering bersua muka hubungan mereka menjadi ’kureng’. Rupa-rupanya Is yang punya angkara. Dia mula berubah. Segalanya bermula apabila muncul seorang gadis yang juga orang ketiga yang bolah dikatakan mengharapkan sesuatu dari Is. Gadis ini sebenarnya hampir-hampir terpesong jauh dari landasan hidupnya. Oleh kerana Is dan gadis adalah rakan sepejabat, Is merasakan adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menasihatkan gadis ini agar kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat. Ini kerana gadis ini bukanlah gadis yang liar sebelum ini, namun segalanya berubah apabila teman lelaki cuba mengenakannya. Banyak la lagi perkara negatif yang cuba dilakukan oleh gadis ini kerana kecewa. Is muncul dengan memberi nasihat dan harapan. Is ikhlas membantu demi melihat gadis ini berubah menjadi gadis yang baik. Namun segalanya berubah apabila gadis ini menaruh harapan yang tinggi kepada Is dan berubah semata-mata kerana IS. Aduh..Is kebingungan. Jika Is meninggalkan gadis ini begitu sahaja, memang dia akan kembali ke asalnya, kerana jiwanya belum cukup kuat untuk tanggung deritanya selama ini. Ianya memerlukan masa.


Akhirnya, Is membuat keputusan meninggalkan Ros. Ros tersentak. Menangis setiap hari. Namun Ros redha dengan ketentuanNya. Apa nak buat tak de jodoh. Walaupun Is sebenarnya masih menyayangi Ros lebih daripada gadis yang baru dikenalinya, Ros terpaksa ditinggalkan demi memastikan gadis berkenaan tidak terjerumus ke lembah lebih hina. Setiap hari Is rindukan Ros. Is percaya Ros akan mendapat jodoh yang lebih baik daripada nya. Ros cekal dan tabah menghadapi semua ini. Betul ke? Itu yang merunsingkan Is.


Adakah tindakannya meninggalkan permata demi menjadikan kaca sebagai permata baru itu wajar? Atau permata yang ditinggalkan berubah menjadi kaca? Itulah persoalan yang bermain di kepala otak Is.


Apa yang pasti kini, kaca sudah digilap menjadi permata. Namun apa sudah dengan Permata berharga Is dulu? Is hanya mendoakan Ros menemui jodoh yang terbaik dan bahagia ke akhir hayat. Tetapi, Is yang dihubungi penulis menyatakan bahawa cintanya pada Ros memang tidak akan dilupakan sampai bila-bila kerana itulah cinta pertama Is katanya..Yeke? Biarlah itu dia yang lebih arif sebab dia yang lalui…


Kepada Ros dan semua rakan-rakan aku..Jodoh pertemuan adalah ketentuan Allah SWT. Kita hanya boleh merancang tapi Allah yang tentukan segalanya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya…fikir-fikirkan…Belajarlah untuk meredhai ketentuan Nya…


Ini baru kisah cinta…banyak lagi kisah-kisah lain yang Related dengan kisah ni. Jadi, renung-renungkan dan..selamat Beramal..


One Response to “PENGALAMAN CINTA? – Itu bukan Aku hehe – yeke?”

  1. hmmm…kecian sgt kat perempuan yg bernama ros…….tp takdir yg mempertemukan,takdir juga memisahkan kita……setiap pertemuan pasti ada perpisahan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: