HARI IBU 2009

Lama aku menyepikan diri atas sebab-sebab tugas. Rindu la sama aku punya mak…huhuhu..Tak lama lagi adalah Hari Ibu. Jadi, kepada semua yang masih ber ‘ibu‘ hargailah ibu anda. Jangan la nak tunggu hari ibu baru nak hargai mereka, sebaliknya berterusan pendek kata sebilang masa.

Ibu @ Mak @ Umi @ Bonda apa-apa sajalah yang anda panggil maksudnya hanya satu untuk seseorang yang pernah melahirkan anda. Menyabung nyawa untuk melahirkan kita semua. Terlalu banyak masa dibuang untuk membesarkan kita. Tiada apa yang boleh kita beri untuk menebus masa, wang ringgit dan segala pengorbanan ibu kepada kita. RM 1 juta, cukup? RM 1 bilion? Memang takkan cukup dan bukan itu yang insan bergelar ibu mahukan. Sebaliknya, perhatian, penghargaan dan yang paling berguna adalah DOA.

Paling-paling kurang 5 kali sehari berdoa untuk ibubapa. Aku maksudkan adalah berdoa selepas solat 5 waktu. Terpulanglah kepada anda. Ingat, sayangi ibu anda dan jangan hampakan mereka sebliknya, hargailah mereka selagi nyawa dikandung badan.

Aku ingin kongsikan tarikh-tarikh hari ibu yang sempat aku cari dalam internet:

10 Mei 2009 (atau lebih tepat lagi.. adalah pada Ahad minggu kedua dalam bulan Mei)
bagi negara MALAYSIA, Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, Curaçao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe

3 Mei 2009 (Ahad pertama dalam bulan Mei) bagi negara Hungary, Lithuania, Portugal, Spain

24 Mei 2009 (Ahad terakhir dalam bulan Mei) bagi negara Algeria, Dominican Republic, France,Haiti, Mauritius, Morocco, Sweden, Tunisia.

22 Mac 2009 bg negara Ireland, Nigeria, United Kingdom

12 Ogos 2009 bg negara Thailand yang juga merupakan tarikh lahir Queen Sirikit

22 Disember 2009 di Indonesia…

Sumber, http://topotato.com/2009/04/24/tarikh-hari-ibu-2009/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: