ANTARA REALITI ATAU FANTASI ???
Sebenarnya, dalam dunia sekarang tidak kira apa jua bidang kerjaya kita, jika kita terlalu jujur kita akan ditindas, betul ke? Realitinya sekarang itulah yang berlaku. Kadang-kadang aku terfikir di manakah aku? Adakah hidup dalam kepuraan atau berada dilaluan yang betul? Tetapi semua itu telah ku temui jawapannya tidak lama dulu.
Kejujuran penting dalam apa jua yang kita lakukan kerana ianya akan membabitkan banyak perkara termasuklah kebertanggungjawaban dan personaliti. Jika kita asyik memberi alasan itu ini demi menutup kesalahan atau kelemahan diri, di manakan kejujuran?
Perkara yang sering kita kaitkan dengan jujur adalah ikhlas. Ikhlas semata-mata kerana Allah dalam apa jua yang kita buat. Jika ini yang kita buat, insya Allah tidak timbul isu bodek membodek. Bercakap tentang bodek membodek, sebenarnya itu hanyalah cakap-cakap orang yang memerhati tingkah laku orang lain. Orang yang berkenaan sebenarnya tidaklah bagus sangat pun. Sebaliknya dia mempunyai penyakit hati yang kronik iaitu buruk sangka.
Bukankah mudah jika kita berbaik sangka dengan semua orang biarpun kedudukan dalam organisasi kita terancam. Dengan satu syarat, janganlah kita bawa mulut tentang keburukan orang lain dengan harapan orang itu akan jatuh. Pendek kata, buatlah tangga sendiri untuk naik dan janganlah panjat belakang dan pijak kepala orang lain untuk naik ke atas.
Oleh yang demikian, jadilah insan yang jujur, ikhlas dan sentiasa berbaik sangka. Itu pesan untuk aku sebenarnya. Ingat. Pada aku biarlah aku dikatakan lurus bendul asalkan Allah tak marah (Itu Pesan Tok Guru). Biarlah susah sikit di dunia ni. Insya Allah Di sana akan mudah. Boleh ke? Tepuk Dada Tanya IMAN.
Leave a Reply