SENJATA pi @ KAyuaPI??

Kalau kita singkap kembali ada satu kes yang melibatkan seorang pegawal keselamatan yang lalai sehingga mengakibatkan kecederaan ke atas 2 orang awam. Diberitakan, ianya berpunca apabila pengawal keselamatan berkenaan terlepas senjatanya dan meletup dalam Pejabat TNB Jalan Kelang Lama.

Apa yang aku geramkan adalah Pak Guard tu. Macam mana senjata yang sepatutnya sentiasa dengannya sebilang masa   boleh terjatuh dan MELETUP? Masya Allah. Cukup merbahaya. Mujurlah tercedera di kaki, kalau terkena muka atau badan?
Benda ni memang sensitif sangat. Sepatutnya, individu atau sesiapa saja yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan senjata api, mestilah bersikap waspada sebilang masa, amanah dan bertanggungjawab. Kalau dalam tentera, senjata persendirian (senjata api) adalah ISTERI. Harus dibelai manja, dijaga rapi dan jangan sesekali mengabaikannya.
Ingat lagi sehari sebelum kes di Jalan Kelang Lama tu, aku on the way balik dari Kedah-KL, masa tu aku singgah rehat di R&R Ulu Bernam. Aku terserempak dengan seorang ‘Pak Guard’ yang melenggang  kangkung sambil menggalas ‘bedir’nya di bahu kanan sambil merokok berjalan menuju ke kenderaannya.  Then, aku cakap kat bini aku, ‘kalau abg dapat rampas bedir pak guard tu ayang nak bagi berapa kat abg.?’ Bini aku jawab, tak payah abg…bior ayang je yang pi rentak ‘bedir’ dia tu.’
Lain la kalau pak guard tu silangkan tali sling pada senjata tu pada badannya, nampak selamat. Mungkin alasan yang akan diberikan, Tindakan Serta Merta jadi lambat. Pada aku, kalau orang yang selalu mengendalikan senjata api ni tiada alasan sebab diorang mestilah ‘well train’ kan?
Bukan nak cari salah, sebab aku dan kita adalah manusia biasa kan..Tapi kalu aku ternampak geng2 pak guard yang tak alert dan kendali kan senjata api macam KAYU API memang rase nak sound je. Tapi aku sedar siapa aku. Tapi tak mustahil satu hari nanti aku akan buat gak. Dinasihatkan, agar pengusaha-pengusaha syarikat keselamatan mengambil berat hal-hal berkaitan dan jangan terlalu mementingkan keuntungan.
Aku nak ingatkan diri aku dan semua kawan-kawan lain. Berhati-hati setiap masa. Memang benar semua yang jadi adalah ketentuan Allah SWT. Tapi baik jika kita berwaspada dan beringat sebilang masa walau di mana berada. Insya Allah.

2 Responses to “SENJATA pi @ KAyuaPI??”

  1. Pak guard2 nih dorang ada ke train utk pkai snjata api?Selalu aku tgk dorang mmg sambil lewa je yg macam ko ckap.

  2. syidi_black Says:

    Ntah le mie..kalu ex army tu kita bleh kenal, cara dia pegang senjata kita dah tau…tapi kalu macam warga asing ke atau yang lain2 i'm not sure,tk pasti samada ada kursus ke tak, sebab kalu melibatkan senjata api memang akan ada ujian dsb yang berkaitan, conduct by PDRM..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: