ANTARA CABARAN DAN DUGAAN

Hidup ini tidak lari dari masalah. Masalah=Hidup. Itu lah rencahnya hingga kita menutup mata. Sebilang masa masalah akan ada. Waima orang gila pun ada masalah. Persoalannya adakah kita rela atau sanggup hadapi masalah? Apakah cara kita hadapi masalah? Cukup kah sekadar termenung, menangis dan yang paling kaput sekali buat dont know?

Pada pemahaman dan amalan saya, pertama sekali masalah yang dihadapi perlukan ketabahan tidak kiralah sebesar mana pun masalah itu. Pokok pangkalnya POSITIF. Apa yang POSITIF? Pemikiran yang POSITIF walaupun perkara atau masalah itu timbul secara negatif, tentu ada yang positif disebaliknya. Itu adalah tunjang utama yang perlu ada.

Seterusnya, tenangkan diri dengan banyakkan istighfar, selawat dan mengucap dua kalimah syahadah. Pendek kata ingati Allah banyak-banyak. Pasang dalam minda, inilah ujian Allah dan balasan terhadap dosa lalu yang aku telah lakukan, semoga Allah mengampuni dosa-dosa aku yang lalu. Selepas itu, baru lah cari jalan penyelesaian dengan usaha yang berterusan di samping berdoa kepada Allah. Tiada perkara yang mudah. Tetapi ingat, Allah sentiasa bersama kita, antara cepat atau lambat pertolongan Allah itu SEKIRANYA kita berdoa, berusaha setiap masa tanpa jemu. Jika kita hanya sekadar bertawakal tanpa usaha, ianya tidak ke mana dan akan semakin membebankan diri kita sendiri.

Sebenarnya, untuk mengecap kemajuan diri, kejayaan dan apa jua kemanisan perlu lalui dugaan yang kebanyakannya berbentuk masalah yang akan menyukarkan kita. GAGAL jika putus asa. Itu adalah SIFIR hidup yang biasa. Orang berjaya adalah orang hebat, kuat dan mempunyai prinsip hidup yang luar biasa. Ini kerana dia telah lalui pelbagai dugaan untuk berjaya. Sebaliknya, sekiranya kita takut menghadapi dugaan@masalah dengan mengelak segalanya semata-mata untuk kepentingan diri, memang sukar untuk menjadi insan yang hebat. Mungkin dia hebat mengelakkan masalah, tetapi perlu diingat, sekali dia mengelak masalah dan sekali itulah orang lain akan menanggung susah akibat tindakannya itu.

Mengapa saya berkata begitu? Ini adalah berdasarkan pengalaman yang lalu. Si Polan ini berjaya melepaskan dirinya dari menghadapi sesuatu masalah hasil sifat peka nya terhadap persekitaran, tetapi dia memberi masalah kepada orang lain yang sepatutnya tiada dalam skrip hidupnya. Namun begitu, hidup ibarat roda yang berputaran, Allah Maha Kaya, Allah akan membalasnya sekiranya dia berniat buruk.

Sesetengah orang sukakan cabaran. Bagus. Ini akan membentuk KEBERANIAN dalam dirinya sendiri. Secara zahirnya kita dapat lihat aktiviti-aktiviti x-treme yang sekarang ini semakin diminati ramai. Sebagai contoh, Wall Climbing, Skate Board, Hiking dan sebagainya. Individu yang suka kan cabaran sebegini memang hebat pada saya. Ini kerana, daripada aktiviti sebegini dia boleh mendidik dirinya untuk menjadi insan yang kuat, bersemangat dan ber jati diri.

Oleh yang demikian, jangan takut hadapi masalah kerana itu adalah salah satu balasan ALLAH ke atas dosa kita yang lampau. Bertaubatlah. Dan jangan takut menghadapi cabaran dan dugaan kerana dari situlah KEBERANIAN kita akan digarapkan dan menjadi sebahagian daripada diri kita.

WALLAHUAKLAM BIS’SHOWAB..

WASSALAAM

2 Responses to “ANTARA CABARAN DAN DUGAAN”

  1. Kadang-kadang kita rasa berputus asa menghadapi dugaan yg datang bertalu-talu…..tp sebagai hamba Allah…satu je pegangan idup,iaitu Allah memberi ujian kepada hamba yg boleh hadapinya…ALLAH mengetahui yg terbaik untuk hamba-hambanya…………

  2. alialed Says:

    sentiasa sabar dan tanamkan pemikiran yang positif dalam minda.Insya Allah,kita kan dapat menghadapi dengan tabah.setiap kesusahn pada hari ini, akan ada balasan di satu hari.percayakan pada satu ayat.SETIAP KESABARAN ADA KEBAIKANNYA.salam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: