SUKAN SEA 2009 : Malaysia Vs Vietnam feat (Pengadil)..

Bola bola bola…sekarang ni smua sembang pasal bola. Mana tak nya Malaysia layak ke Final Sukan SEA, sebelah kaki dah cecah EMAS yang dah 20 tahun kita tak dapat. Pada aku selaku mamat yang suka tgok bola ni, Malaysia dah tumbangkan Jaguh ASEAN Thailand di peringkat kumpulan tempohari. Sebelum ini, saingan amat sengit, diperingkat kumpulan menyaksikan kita diletakkan bersama Vietnam dan Thailand. Kedua-dua pasukan ni memang ancaman utama buat kita.

Kita gagal menyekat kemaraan Vietnam yang memiliki kepantasan dan semangat yang jitu berbanding Malaysia ketika itu. Namun begitu, kita bukanlah lekeh sangat, kita memiliki kelebihan tersendiri yang dibuktikan semasa menumbangkan Thailand tempoh hari. Semangat juang yang tinggi dan komitmen yang diberikan membuatkan pihak lawan tabik dengan Malaysia dan terkejut dengan prestasi Malaysia. Ini diakui oleh Jurulatihnya yang juga bekas jurulatih Perak Steve Darby. Dia mengakui, pemain malaysia berhak menang setelah mempersembahkan aksi yang luar biasa.
Tumpuan kini terarah kepada perlawanan akhir bertemu Vietnam 17 Dis ini. Vietnam bukanlah pasukan yang terlalu sukar sebenarnya. Cuma masalahnya, mereka bermain di tempat sendiri. Sudah semestinya semangat mereka lain dari yang lain. Malaysia perlu kental untuk menyerap semua tekanan. Ini telah dibuktikan semasa menentang Laos tempohari, dibantu dengan kualiti yang rendah dari persembahan mereka yang tampak jauh berbeza dengan Malaysia.
Untuk menang dengan Vietnam, sudah semestinya menjanjikan saingan yang amat sengit. Perlu diingat, pemain-pemain perlu positif dan bermain seperti biasa. Pada aku, aku faham benar tim Malaysia ni. Harap-harap jangan serba tak menjadi. Ini kerana, sebelum ini pun kita dah tengok macam mana diorang main. Kadang-kadang form ok, kadang-kadang hampeh. Tapi, kalau dikaji dari segi taktikal dan teknikalnya, tak ada alasan untuk beraksi hambar, sebab hero-hero semua ada dalam 1st eleven.
Cuma risaukan satu je. PENGADIL. Kadang-kadang metal gak dengan pengadil yang seolah-olah berta sebelah. Kalau pemain kita kena tackle melambung dia relak je. Kalau lawan kita kena tackle ciput je cepat-cepat dia tiup wisel. Hampeh! kalau tak pecaya tengok la nanti. Alasan yang K Rajagobal bagi masa kalah hari tu dengan Vietnam tu ada betulnya, jangan kita anggap tu sebagai alasan semata-mata. Kalau kita pernah  main bola sepak kita akan faham. Memang rasa nak tumbuk je pengadil tu. Sakit hati. Lepas tu mula la hilang kosentrasi. Ni la hakikat sebenarnya dalam padang.
Kita sama-sama nantikan perlawanan akhir nanti. Harap-harap pengadil yang terbaik dan adil. Tolong la..kalau tak, memang akan terganggula rentak permainan kita.
Semoga Berjaya!! Malaysia BOLEH!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: