ISU: Bas Ekspress Lagi..

Bas Ekspress kembali menjadi menjadi ‘pembunuh’. Rakyat Malaysia kembali terasa ngeri untuk menggunakan perkhidmatan berkenaan. Persoalannya, sampai bila? Isu ini  bukanlah baru, boleh dikatakan setiap tahun akan ada kecelakaan maut yang tragis akan berlaku.
(Gambar Hiasan)

Dalam kes terbaru, yang melibatkan Syarikat Sani Express yang mana mengorbankan 10 nyawa amat mengejutkan rakyat Malaysia. Secara peribadi, aku akui Sani Express bukan sebuah syarikat bas yang calang-calang, malah pernah muncul dalam rencana akhbar tempatan tentangnya. Syarikat yang diterajui oleh anak tempatan membuka mata pesaing-pesaingnya dengan kualiti perkhidmatannya yang agak membanggakan.
Walaupun aku tidak pernah menggunakan perkhidmatannya, tapi aku pernah berurusan dikaunter dan pernah hantar wife dan anak aku naik bas berkenaan. Memang Sani Express sebuah bas yang cantik dan moden. Pemandu dan staf nya memang terlatih dan bersopan santun. Dari layanan yang diberikan aku dapat ramalkan mereka memang terlatih dan beretika.
Aku terkejut besar apabila mendapat tahu bas dari syarikat berkenaan terbabit dalam kemalangan maut di Ipoh tempohari. Aku bukan nak menyebelahi sesiapa, tapi nama pun kemalanagan, kita tidak boleh 100% menyalahkan pemandu dan pengurusan syarikat. Kadang-kadang kita kena berbalik kepada fitrah hidup. Jika ditakdirkan perkara buruk akan berlaku, ianya akan tetap berlaku. Mungkin ada sedikit kesilapan atau kelalaian sebelum ini yang terlepas pandang, dan Allah balas dengan perkara sebegini untuk menyedarkan kita semua.
Pada aku, pemandu diharuskan disalahkan secara membabi buta. Secara logiknya, pada hari kejadian, mereka baru sahaja berhenti berehat di R&R Simpang Pulai. Mengikut perkiraan rambang, ketika mereka terbabas di 5 km sebelum tol Jelapang, belum pun setengah jam mereka bergerak dari Simpang Pulai. Wajarkah pemandu dituduh terlelap akibat mengantuk? Media pula menghebahkan yang pemandu mengaku dia terlelap. Dia juga manusia seperti kita. Biarlah Hakim yang tentukan siapa yang bersalah.
PENGALAMAN AKU.

Aku bersyukur sebab aku masih bernafas sehingga hari ini. Bukan apa, dulu aku pernah terlibat dalam kemalangan yang melibatkan bas ekspress. Sampai sekarang aku blacklist bas berkenaan. Ini mungkin balasan Allah kepada pemandu dan pengurusan yang lalai dan leka.
Masa tu, aku dalam perjalanan pulang ke Johor dari Alor Setar. Bas yang aku naiki memang bukanlah kali pertama. Ini kerana bas ini Cepat sampai ke destinasi. Tapi sebelum kemalangan itu berlaku, banyak perkara aneh yang berlaku dan perkara yang sebelum ini aku tidak pernah lalui berlaku.
Perkara pertama: Kanak-kanak yang berusia lingkungan setahun lebih asyik menangis dari Alor Setar sampai ke Ipoh. Semuanya serba tak kena. Aku puji pemandu dan pembantunya, amat prihatin, macam-macam perkara dibuat untuk buatkan kanak-kanak tu diam. Lampu dipasang seketika sebagai salah satu percubaan untuk ‘diamkan’ tangisan berkenaan. Tapi GAGAL. Pemandu berkenaan menawarkan kepada ibu kanak-kanak itu untuk digantungkan buaian dalam bas mungkin kanak-kanak itu tidak selepas baring di atas kerusi bas. Itu juga GAGAL. Akhirnya, dia diam, mungkin sebab letih dan mengantuk selepas melalui IPOH.
Perkara Kedua: Ketika singgah mengambil penumpang di Butterworth, aku turun untuk ambil angin tidak jauh dari pintu bas. Ketika itu, kedua-dua pemandu sedang merokok tidak jauh dari tempat aku berdiri. Lepas tu, aku dengar perbualan mereka lebih kurang macam ni la, ” Ko dah cabut belum?” jawab yang sorang lagi, ” belum.” dan yang sorang lagi menyambung, ” Cabutla senang nak ‘lari’ nanti.”. Seraya dengan itu, aku nampak salah seorang pemandu membuka ruang kecil (Kotak) di sebelah kanan pintu bas dan mencabut sesuatu seperti TRANSISTOR dan disimpan. Terdetik dalam hati aku, ‘mungkin ni transistor untuk kotak hitam kot’. Bukan apa, kalau tak dicabut nanti bunyi bising kalau pandu laju (Isyarat dari kotak hitam).
Malang tidak berbau. Ketika menghampiri susur keluar Ayer Keroh dalam keadaan bas sedang mendaki bukit kira-kira jam 0400, kami semua dikejutkan dengan dentuman kuat dan jeritan penumpang apabila bas yang dinaiki menghentam belakang trailer yang sarat dengan muatan. Aku tersembam di kerusi hadapan. Adui…aku pegang muka, mulut dan hidung. Alhamdulillah tidak cedera. Aku bangun dikala orang dalam bas terpinga-pinga. Aku meluru ke hadapan, remuk bahagian hadapan kiri bas. Tiada lagi ruang untuk kami berlari turun. Aku bantu pemandu untuk buka pintu utama bas yang renyuk dan berjaya. Kesian aku tengok atuk dan nenek dikerusi belakang pemandu, berdarah meleleh dan hampir pengsan.
Pemandu ketika seolah-olah cuba menyalahkan pemandu trailer berkenaan dengan mengatakan lampu belakangnya tidak berfungsi. Walhal, lampu belakang tu bas yang hentam sampai pecah. Lojik atau tidak dalam keadaan mendaki boleh tak perasan ada trailer yang terhegeh-hegeh mendaki dihadapan? Tu la alasan pemandu bas. Memang ramai saksi yang mengatakan pemandu terlelap dalam keadaan bas yang laju. Mujur bas remuk sebelah kiri, jika sebelah kanan, almarhum la pemandu bas tu.
Aku yang mengejar masa terus bergegas ambil barang dan tumpang bas lain yang menawarkan seat kosong yang mereka ada untuk ke Johor. Walaupun perkara ini berlaku hampir 4 tahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan aku. Dari segi zahirnya kadang-kadang kita sudah dapat menilai ianya bas yang baik untuk kita atau tidak.
Jangan pula lupa ketentuan Allah. Bertawakal lah kepadaNYA dan jangan lupa pada NYA tidak kira dalam apa jua keadaan.

3 Responses to “ISU: Bas Ekspress Lagi..”

  1. Perkara pertama dan kedua tu dari bas yang sama ke?Kalau sama maknanya pemandu tu memang baik tapi pd masa yg sama seorg yg sangat cuai.

  2. syidi_black Says:

    Yang pasal pengalaman aku tu, bas tu mmg aku boikot. Nama Bas tu ada dalam celah2 ayat tu cari le..hehe malas nak bg tau.. Tapi bas tu bkn Sani Express la. Lepas daripada kejadian aku eksiden tu, bas dari syarikat yg sama gak eksiden langgor belakang trailer bawak besi gak ada yang mati lagi..

  3. aku tau..CEPAT EKSPRES kan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: