ATM vs Harimau Muda – TM Liga Perdana 2010

ATM vs Harimau Muda

Jam: 2045

Venue: Stadium MPS, Selayang.


ATM yang diberikan nafas baru bakal turun untuk pertama kali untuk tahun 2010 menentang Harimau Muda di Selayang. ATM membuat kejutan dengan membeli pemain-pemain berstatus tinggi dalam bolasepak Malaysia untuk memperkuatkan pasukan mereka dalam memburu kejuaraan Liga Perdana musim 2010. Antara nama-nama besar yang sah membawa cabaran bersama ATM antaranya adalah V.Saravanan dan Khalid Jamlus. Di samping itu, nama lain termasuklah Nasril Nordin yang dikatakan akan cuba mempamerkan aksi terbaiknya musim ini untuk mencuri perhatian jurulatih pasukan Kebangsaan Malaysia.


Bagaimana pun, segalanya dilihat terlalu awal untuk meramalkan apakah yang bakal dipamerkan oleh pasukan ATM, justeru itu, kepada semua warga ATM khususnya dijemput untuk memenuhi stadium dan memberi sokongan kepada pasukan ATM. Siapa lagi yang patut memberi sokongan kalau bukan warga ATM sendiri. Pasukan ATM sebelum ini dilihat mundur dari segenap aspek, akan tetapi tahun lalu mereka hampir mengejutkan pasukan handalan dalam saingan Piala Malaysia. Rentetan aksi cemerlang itu, pihak PBAT mengambil langkah drastik dengan bantuan tajaan dari pihak-pihak yang tertentu untuk memperkuatkan jentera ATM.


Penyokong juga boleh diibaratkan sebagai pemangkin semangat untuk memajukan sesuatu pasukan. Ada yang mengatakan hidup mati sesebuah pasukan terletak kepada penyokong. Apa-apa pun ayuh kita sokong dengan penuh semangat kesukanan demi ATM! WE’re SOLDIER! We ‘re WARRIOR!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: