ATM Laung Amaran Ikat Harimau Muda

ATM (1)Harimau Muda (1)

Senarai Nama Pemain ATM yang diturunkan semalam:

  1. KHAIRUL ANUAR MOHD (GK)
  2. AHMAD THARMINI SAIBAN (C)
  3. MOHD FAUZAN DZULKIFLI
  4. DANIAL FADZLY ABDULLAH
  5. CHAN WIN HOONG
  6. MOHD SYAFIQ ABD SAMAD
  7. MOHD ASLAM NAJUMUDEEN
  8. MUHD  SYAHMAN ZAINUDDIN
  9. MOHD ZAHARI ZAIN
  10. MUSABRI MAT NAYAN
  11. ZAINAL JAKARIA
  12. FAHRUL NIZWAN AB NASIR – SUB
  13. SUHHAIMI ISHAK – SUB
  14. MOHD SAIFUL MUSTAFA – SUB
  15. MOHD NAFUZI ZAIN – SUB
  16. MOHD SHAHZREEN NAWI – SUB
  17. V. SARAVANAN – SUB
  18. MOHD NASRIL NOURDIN (GK)  – SUB

Stadium Selayang semalam gemuruh dengan kira-kira 2000 penonton yang terdiri daripada penyokong Tuan rumah ATM dan pelawat. Perlawanan bermula agak hambar di separuh masa pertama dengan kedua-dua pasukan terikat 0-0. Setelah itu, di separuh masa kedua permainan semakin rancak dalam keadaan padang yang agak lembab kerana hujan pada petangnya.

ATM membawa masuk V Saravanan di separuh masa kedua dan hasilnya minit ke 78 V Saravanan memecah kebuntuan dengan jaringan kencang setelah menerima hantaran silang. Harimau Muda yang seolah-olah disuntik bingkas bangun dengan serangan bertali arus ke kubu ATM. Biar pun beberapa kali Harimau Muda mendapat peluang namun gagal diterjemahkan dengan gol sehinggalah kira-kira 10 minit selepas gol ATM, Harimau Muda menyamakan kedudukan 1-1.

Secara keseluruhannya, permainan tampak seimbang dan pasukan lain dalam Liga Perdana harus berwaspada dengan ATM kendalian Razali Alias ini. Biar pun terlalu awal untuk menilai sesuatu tentang pasukan ATM ini, namun segalanya adalah berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. ‘Penjenamaan’ semula ATM 2010, nampak berhasil diperlawanan pertama ini. Harimau Muda bukanlah calang-calang pasukan. Anak-anak buah Ong Kim Swee ternyata lebih bertenaga setelah dilihat sentiasa bergerak sepanjang masa berbanding ATM yang nampak sedikit letih dan ATM berjaya memperlahan tempo permainan yang akhir menjerat diri yang menhancurkan impian untuk memperoleh 3 mata penuh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: