Komuniti Penyokong Bolasepak ATM (We’re Soldier!)

ATM memulakan musim 2010 dengan semangat juang yang tinggi. Sudah semestinya harapan para peminat dan penyokong ATM menggunung tinggi untuk melihat pasukan kesayangan mereka mencapai matlamat terbaik musim ini. Bermula dengan menandatangani beberapa pemain berstatus bintang dalam bolasepak tempatan, ATM seolah-olah menggamit penyokong nya untuk kembali ke stadium. Sebelum liga bermula, penulis sudah membayangkan sambutan penyokong dibantu dengan liputan meluas oleh media tempatan. Perlawanan pertama ATM menentang Harimau Muda menjadi saksi bahawa ATM mempunyai auranya yang tersendiri dengan kehadiran begitu ramai peminatnya sekitar  Lembah Kelang. 

Setelah dua perlawanan di Lembah Kelang, dapat disimpulkan bahawa ATM mempunyai begitu ramai penyokong yang begitu excited dan harapan yang tinggi. Jelas sekali reputasi ATM yang kurang bermaya pada musim-musim yang lalu langsung tidak dipedulikan oleh para penyokong. Sebaliknya, mereka tetap memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi. Jika dinilai secara kasar, ATM sebenarnya mempunyai penyokong di seluruh pelusuk negara termasuk di Sabah dan Sarawak. Ke mana saja ATM pergi sepatutnya ada penyokong. Ini kerana kem ATM berada disetiap negeri di Malaysia. Persoalannya kini, adakah semua anggota tentera menyokong pasukan bolasepak ATM? Bagaimana untuk satukan penyokong ATM ? Pada penulis, jawapannya ada pada pasukan ATM sendiri. Prestasi ATM akan menentukan jumplah penyokong. Buruk prestasi, maka kuranglah penyokong, tapi jika prestasi cemerlang, secara otomatik penyokong akan datang memberi sokongan dengan sendirinya. Ucapan terima kasih kepada pihak Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera (PBAT) kerana memberi ‘bonus’ kepada penyokong dengan kemasukan percuma ke stadium khas untuk anggota tentera. Itu adalah satu pendekatan untuk menarik penyokong ke stadium.

                                      Sebahagian Penyokong ATM yang membanjiri Stadium Selayang 23 Jan 10 lalu

Status penyokong ATM kini boleh dikategorikan sebagai ‘atas pagar’ dan masih ditahap penilaian. ‘Atas Pagar’ yang dimaksudkan adalah, seperti yang kita sedia maklum, anggota tentera mempunyai latarbelakang yang berbeza-beza dan mereka sudah semestinya memiliki pasukan lain untuk disokong, terutama sekali pasukan negeri kelahiran mereka. Jadi, jika dilihat, mereka menjadikan ATM sebagai pasukan kedua pilihan mereka dan menjadikan musim 2010 sebagai titik tolak untuk menyaksikan kebangkitan ATM dalam kancah bola sepak tempatan.

Penulis menyeru kepada semua warga ATM yang terdiri daripada tiga cabang perkhidmatan utama, DARAT, LAUT dan UDARA agar bersatu hati menyokong pasukan ATM dalam memastikan ATM mencapai matlamat atau KPI untuk musim Liga Perdana 2010. Sejarah yang lalu biarkan, sebaliknya terus pandang ke hadapan dan beri sokongan kepada pasukan yang menagih sokongan penyokong setia mereka. Terus ke blog Penyokong ATM.

One Response to “Komuniti Penyokong Bolasepak ATM (We’re Soldier!)”

  1. Perlawanan bola sepak antara Klub. (Berlansung pada 8.45 pm 24/09/2010) Stadium Selayang

    ATM berjaya menumpaskan Terrengganu dalam satu perlawanan yang boleh dikatakan amat terbuka dengan penyelesaian yang menakjubkan.

    Pelawat berjaya mulakan jaringan 0-1 pada minit 38 dalam perlawanan.
    Tuan Rumah dengan semangat yang agak positif berjaya membalas 3 goal pada minit (50, 53 dan 57)
    Pelawat Berjaya membuat jaringan dari sepakan penalti pada masa 87 minit
    Tuan Rumah membuat jaringan sepakan penjuru pada minit ke 89
    Permain cadangan tuan rumah juga tidak melepaskan peluang emas untuk menjaringkan goal pada minit tambahan.

    Score Setengah masa 0-1
    Pelawanan tamat dengan score 5-2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: