AYUH ATM! TERUSKAN PERJUANGAN! TAKLUKI LIGA PREMIER 2010!

‘Kami RELA BERKORBAN dengan penuh TAAT SETIA diiringi laungan semangat yang SENTIASA DI UDARA‘.

Rasanya itulah kata-kata semangat yang patut tertanam dalam sanubari setiap pemain-pemain ATM dalam menggempur musuh dalam misi menakluki TM Liga Premier 2010 yang kini sedang rancak berjalan. ATM telah mengharungi 5 perlawanan dan memungut 8 mata berada di tangga 5. Permulaan yang amat baik yang menyaksikan hanya kalah sekali di tangan Sabah tempohari. Dalam saingan Piala FA, mereka berjaya ke peringkat seterusnya setelah berjaya menewaskan Melaka dengan agregat 6-1. Kebangkitan ATM dilihat dipengaruhi beberapa faktor. Antaranya ialah, pengambilan pemain impot tempatan seperti V Saravanan, Chan Win Hong, Danial Fadly(Wiratnom), Ahmad Tharmini Saiban dan ramai lagi bintang bolasepak Malaysia suatu ketika dulu. Kehadiran mereka memberi impak yang positif terhadap moral pemain dan paling ketara adalah perhatian penyokong ATM itu sendiri. Penyokong mula membanjiri Stadium sejak Liga ini bermula awal tahun lalu. Kelibat pemain-pemain impot tempatan amat ditagih dengan harapan dapat memberi sesuatu yang penyokong inginkan iaitu MENANG ke atas semua lawan mereka.

Selain itu, Jurulatih baru ATM Razali Husin juga dilihat telah melakukan rombakan besar-besaran tim ATM dari hujung kaki hingga hujung rambut termasuklah pentadbiran dan corak latihan. Sememangnya ATM memiliki ramai pemain dikalangan anggota tentera yang berkebolehan cuma cara yang kurang sesuai dipraktikkan sebelum ini membuatkan tim ATM menjadi pasukan belasahan di musim-musim yang lalu. Majoriti yang bermain sekarang adalah muka-muka lama dan digandingkan dengan hero-hero terkemuka dalam kancah bolasepak tempatan suatu masa dulu yang kaya dengan pengalaman. Ternyata, pemain yang juga anggota tentera yang bermain untuk ATM bijak menggunakan peluang ini untuk menimba dan berkongsi pengalaman dengan pemain-pemain yang semestinya mempunyai pengalaman yang amat berguna untuk dikongsi bersama.

Peruntukan kewangan hasil sumbangan.sponsor daripada pihak-pihak yang berkenaan dilihat memberi nafas kepada tim ATM bangkit untuk memantapkan tim dari peringkat akar umbi. Sebelum ini, pemain-pemain ATM hanya bergantung kepada gaji bulanan mereka dan sedikit bonus itu pun jika ada. Namun kini, mereka menerima elaun yang agak berbaloi dengan kerja keras mereka demi menjulang nama ATM di arena sukan tempatan. Secara tidak langsung ini telah menyuntik semangat para pemain untuk bermain dan berjuang dengan penuh dedikasi dan keazaman yang tinggi untuk mencapai misi mereka.

Tim ATM bukanlah pasukan belasahan lagi. Ramai mengakui kebolehan ATM. Sehinggakan ada yang bertanya, siapa yang bermain untuk ATM? Semua pemain impot? Mereka mula tertanya-tanya apakah rahsia ATM sehingga boleh meningkat prestasi secara mendadak. Pemain impot dalam tim ATM dianggap permata yang berharga yang telah menyerikan tim ATM. Kehadiran mereka bukan sekadar membawa diri dan skil mereka semata-mata malah lebih daripada itu. Mereka datang semata-mata untuk menyuntik semangat para pemain yang sedia ada dan memberi keyakinan kepada bahawa mereka sebenarnya hebat setaraf dengan pemain-pemain bolasepak profesional lain di Malaysia.

Sacara peribadi, penulis kagum dengan prestasi semasa yang ditunjukkan oleh tim ATM setakat ini. Peningkatan yang mendadak baik dari segi moral dan corak permainan. Pada pengamatan penulis, kekuatan ATM selama ini terpendam dan gagal ditonjolkan sebelum ini. Para pemain telah memiliki segalanya termasuk disiplin yang tinggi, moral yang agak baik dan kebajikan mereka terjaga dengan sempurna, baik dari segi penginapan atau pun sajian. Kini ATM berada di landasan yang betul untuk terus meningkat, dan inilah titik kebangkitannya. Tidak mustahil ATM boleh menjadi pasukan yang gah seperti tim Singapore Armed Forces(SAF) yang sememangnya hebat dan terkenal di nusantara ini. Teruskan ATM! YOU’RE WARRIOR! WE’RE SOLDIER!! PROVE IT!!

: Komuniti Siber Penyokong Bolasepak ATM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: